Kemahiran pengurusan khidmat pelanggan dalam kalangan pengusaha kecil dan sederhana merupakan kemahiran yang perlu diberi keutamaan apabila ianya mendapat perhatian serta menjadi topik utama badan-badan di peringkat antarabangsa dalam laporan khidmat pelanggan mereka. Malaysia turut telah meletakkan kepentingan dalam aspek pengurusan khidmat pelanggan dengan sasaran untuk mengurangkan jumlah aduan keatas pengusaha perniagaan namun sebaliknya berlaku. Jumlah aduan pelanggan tahunan yang dicatatkan dalam sistem Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) meningkat dari tahun 2008 hingga 2016. Tren yang sama turut dicatat oleh sistem e-Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dari tahun 2015 hingga 2020. Oleh demikian satu kajian telah dijalankan ke atas pengusaha kecil dan sederhana bagi tujuan mengenal pasti tahap kemahiran pengurusan khidmat pelanggan. Seramai 70 responden telah dilibatkan dalam kajian. Setelah dianalisis data, dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran pengurusan khidmat pelanggan pengusaha kecil dan sederhana berada pada tahap tinggi. Ini bermakna pengusaha kecil dan sederhana memiliki kemahiran khidmat pelanggan seperti yang selayaknya. Impaknya, jumlah aduan dari pelanggan akan dapat dikurangkan. Pelbagai inisiatif yang berterusan dalam meningkatkan tahap kemahiran pengurusan khidmat pelanggan dalam kalangan pengusaha kecil dan sederhana akan diteruskan bagi memastikan jumlah aduan daripada pelanggan berhubung dengan khidmat pengusaha akan dapat terus dperbaiki.