Pengetahuan, Sikap Dan Kesediaan Murid B40 Luar Bandar Terhadap Pendidikan Perubahan Iklim
List of Authors
  • So Shan Ying

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendidikan Perubahan Iklim merupakan satu anjakan paradigma yang berkesan untuk meminimakan kadar isu perubahan iklim. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan murid B40 luar bandar terhadap pendidikan perubahan iklim. Tiga masalah kajian yang telah dikenalpasti adalah faktor kurikulum pendidikan Sains di Malaysia yang kurang memberi penekanan terhadap elemen kewarganegaraan global dan konsep perubahan iklim yang digariskan dalam perkara ke-13 SDG, faktor kurangnya warga pendidik yang berkepakaran tinggi dalam pendidikan perubahan iklim dan faktor struktur. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian campuran (mixed-method) iaitu gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kajian kualitatif yang digunakan adalah kaedah temu bual manakala kaedah kajian kuantitatif yang digunakan adalah kaedah soal selidik dan kaedah ujian pengetahuan. Kajian ini melibatkan 70 responden kumpulan kawalan dan 70 responden kumpulan eksperimen dari golongan B40 luar bandar di Negeri Sembilan. Instrumen kajian yang digunakan adalah instrumen soal selidik, protokol temu bual dan ujian pengetahuan pra pasca. Pemerolehan pengetahuan, perubahan sikap dan peningkatan motivasi murid B40 dapat dibuktikan melalui triangulasi data analisis statistik deskriptif soal selidik, analisis tematik temu bual dan analisis frekuensi dan peratusan ujian pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bimbingan yang diberikan telah meningkatkan tahap pengetahuan, motivasi dan kesediaan murid B40 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang konsep Pendidikan Perubahan Iklim. Natijahnya, pendedahan awal perlu diberikan kepada murid B40 kerana setiap individu memainkan peranan yang penting dalam usaha menangani isu perubahan iklim global.


Reference
  • No Data Recorded