Tahap Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Kelas Prasekolah
List of Authors
  • Lee Kah Chian

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak yang setaraf dengan kanak-kanak tipikal untuk bersosialisasi dan belajar. Program Pendidikan Inklusif (PPI) memberi peluang kepada murid berkeperluan khas (MBK) belajar bersama dan memupuk interaksi dengan murid tipikal. Dalam bidang pendidikan, guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu inisiatif yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kesediaan guru terutamanya dari segi tahap pengetahuan semestinya menjejaskan keberhasilan pelaksanaan PPI. Kajian ini berfokus kepada tahap pengetahuan guru dalam mengajar murid berkeperluan khas. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan mengedarkan instrumen soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya. Sampel kajian terdiri daripada jumlah 66 orang guru prasekolah daerah Pekan, Pahang. Analisis deskriptif telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah daerah Pekan adalah berada pada tahap sederhana. Kajian ini dapat memberikan gambaran tentang tahap pengetahuan guru prasekolah daerah Pekan dalam pengajaran MBK dan boleh membuat penambahbaikan untuk mengatasi masalah tersebut. Guru prasekolah daerah Pekan kurang terdedah atau tidak pernah menangani MBK disebabkan bilangan prasekolah integrasi yang kurang. Kesimpulannya, pelbagai kursus, latihan dan bengkel yang bersesuaian boleh diadakan dalam meningkatkan tahap pengetahuan guru untuk mengajar MBK di sekolah.    


Reference
  • No Data Recorded