Penggunaan Strategi Kognitif Bagi Meningkatkan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat Murid Tahun Lima
List of Authors
  • Aidah Abdul Karim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat sememangnya satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh murid namun tahap penguasaannya masih lagi pada tahap yang rendah. Kajian ini dijalankan untuk membina dan melaksanakan strategi kognitif bagi meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat bagi murid berprestasi rendah tahun lima. Kajian ini mengaplikasikan teori perkembangan kognitif Jean Piaget pada tahap operasi konkrit dan tujuh proses kognitif dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kajian yang dijalankan adalah kajian kualitatif berbentuk kajian tindakan. Responden kajian terdiri daripada dua orang murid tahun lima dari sebuah sekolah pedalaman di Sarawak. Data dianalisis dari dapatan temubual menggunakan instrumen Mathematical Problem Solving Assessment-Short Form (MPSA-SF), rekod pemerhatian dan analisis dokumen lembaran kerja murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Hasil kajian menunjukkan perkembangan yang positif terhadap kemahiran penyelesaian masalah matematik dan pengetahuan matematik responden. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru untuk merangka persediaan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan penggubal dasar kurikulum supaya menambahbaik kandungan buku teks dan menyesuaikan sukatan pelajaran dengan tahap perkembangan murid.


Reference
  • No Data Recorded