Hubungan antara Kemahiran Digital dan Motivasi Murid Sekolah Rendah dalam Pembelajaran Digital Sejarah
List of Authors
  • Mohd Mahzan Awang, Norasmah Othman, Nur Farhana Mohamad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perkembangan yang pesat dalam teknologi global telah menyebabkan bidang pendidikan mula mengalami revolusi ke arah pendidikan digital. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran digital dengan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran digital dalam mata pelajaran Sejarah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif. Seramai 375 orang murid sekolah rendah di Putrajaya telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data daripada responden. Data kajian dianalisis secara kaedah statistik deskriptif menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science(SPSS) versi 29. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran digital murid sekolah rendah dan motivasi murid terhadap pembelajaran digital dalam mata pelajaran Sejarah berada di tahap tinggi. Ini bermakna murid sekolah rendah telah menguasai kemahiran asas digital serta mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar mata pelajaran Sejarah melalui pembelajaran digital. Bagi melihat hubungan antara kemahiran digital dengan motivasi murid terhadap pembelajaran digital Sejarah, ujian korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian melaporkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran digital dengan motivasi murid terhadap pembelajaran digital Sejarah. Ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran digital murid sekolah rendah akan memberi impak terhadap motivasi mereka. Justeru, pihak yang berkepentingan dapat mengenal pasti langkah terbaik bagi meningkatkan lagi kemahiran digital dalam kalangan murid sekolah rendah. Hal ini adalah demikian kerana kemahiran digital adalah salah satu faktor penting yang mempengaruhi motivasi murid untuk mengikuti pembelajaran secara digital.


Reference
  • No Data Recorded