Kompetensi Guru Bahasa Melayu Luar Bandar Mengaplikasikan Google Classroom Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
List of Authors
  • Nor Azwahanum Nor Shaid, Nur Farhanis Fathiah Anuaruddin

Keyword
  • Kompetensi, Google Classroom, Guru Luar Bandar, Bahasa Melayu, Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp)

Abstract
  • Penggunaan teknologi digital dalam pendidikan semakin penting untuk memperkukuh pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kompetensi guru Bahasa Melayu luar bandar mengaplikasikan Google Classroom dalam proses PdP. Seramai 205 orang guru Bahasa Melayu dari sekolah luar bandar di daerah Kuantan dipilih sebagai responden. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik dan data dianalisis secara statistik deskriptif. Analisis inferensi menggunakan Ujian Spearman’s Rho pula dijalankan bagi mengkaji hubungan antara pemboleh ubah. Semua data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 29.0. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan guru berada pada paras tinggi, manakala tahap kemahiran dan sikap berada pada paras sederhana. Terdapat hubungan positif yang tinggi antara pengetahuan dan kemahiran (rs = .812, p = .001), serta hubungan positif sederhana antara pengetahuan dan sikap (rs = .562, p = .001) dan antara kemahiran dan sikap (rs = .630, p = .001) dalam mengaplikasikan Google Classroom dalam proses PdP. Kajian ini menekankan keperluan latihan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran digital dan memupuk sikap proaktif dalam kalangan guru luar bandar. Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka program pembangunan profesional yang bersesuaian bagi memperkukuh pelaksanaan PdP digital.

Reference
  • No Data Recorded