Keberkesanan aplikasi Kahoot! sebagai alat untuk mengulang kaji mata pelajaran geografi (tajuk skala dan jarak)
List of Authors
  • Felicia Anak Rabong , Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • Kahoot!, motivasi, sikap, prestasi, pembelajaran

Abstract
  • Kahoot! pertama kali telah dilancarkan pada tahun 2013 yang menyediakan peluang pembelajaran berbentuk permainan dan perisian ini mudah digunakan. Perisian ini dipercayai telah meningkatkan motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan kesan positif peirisan Kahoot! di dalam kelas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kesan aplikasi Kahoot! terhadap motivasi pelajar dan menghuraikan kesan motivasi terhadap prestasi akademik pelajar. Kajian tindakan ini menggunakan rekabentuk ujian pra dan pos eksperimen kuasi yang terdiri daripada dua kumpulan. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah dengan memilih dua kelas di sebuah sekolah menengah di Kuching Sarawak. Seramai 35 pelajar Tingkatan 2 yang terlibat di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan rawatan mendapat median skor yang tinggi selepas intervensi manakala median skor pencapaian pelajar di kumpulan kawalan kekal. Cadangan untuk pengkaji yang akan datang adalah dengan mencadangkan para pendidik menggunakan perisian Kahoot untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap pemboleh ubah atau mata pelajaran lain yang lebih berpontensi.

Reference
  • 1. Ismail, M. A., and Mohammad, J. A. (2017). "Kahoot: A promising tool for formative assessment in medical education." Education in Medicine Journal no. 9 (2).

    2. Ismail, M. E., Sa’adan, N., Samsudin, M. A., Hamzah, N., Razali, N. and Mahazir, I. I. (2018). Implementation of The Gamification Concept Using KAHOOT! Among TVET Students: An Observation. Paper read at Journal of Physics: Conference Series.

    3. Iwamoto, D. H., Hargis, J., Taitano, E. J., and Vuong, K. (2017). "Analyzing the Efficacy of the Testing Effect Using Kahoot™ on Student Performance." Turkish Online Journal of Distance Education no. 18 (2):80-93. Kahoot! (2019). About us. https://kahoot.com/company/ [19th May 2019]

    4. Mega, C., Ronconi, L., & De Beni, R. (2014). What makes a good student? How emotions, self-regulated learning, and motivation contribute to academic achievement. Journal of educational psychology, 106(1), 121.

    5. Mubeen, S., & Reid, N. (2014). The Measurement of Motivation with Science Students. European Journal of Educational Research, 3(3), 129-144.

    6. Omar, N. N., 2017. "THE EFFFECTIVENESS OF KAHOOT APPLICATION TOWARDS STUDENTS’GOOD FEEDBACK PRACTICE." PEOPLE: International Journal of Social Sciences no. 3 (2).

    7. Tan, A. L., M Ganapathy, D., and Kaur, M. (2018). "Kahoot! It: Gamification in Higher Education." Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities no. 26 (1).

    8. Urhahne, D. (2015). Teacher behavior as a mediator of the relationship between teacher judgment and students' motivation and emotion. Teaching and Teacher Education, 45, 73-82.

    9. Viechnicki, K. J., Bohlin, R. M., & Milheim, W. D. (1990). Instructional motivation of adult learners: An analysis of student perceptions in continuing education. The Journal of Continuing Higher Education, 38(3), 10-14.

    10. Yap, W. L. (2016). Transforming conventional teaching classroom to learner-centred teaching classroom using multimedia-mediated learning module. International Journal of Information and Education Technology, 6(2), 105-112.