Penggunaan Fail Aktiviti Cisco Packet Tracer Oleh Pelajar KPMIM
List of Authors

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini memfokuskan kepada persepsi penggunaan fail aktiviti Cisco Packet Tracer oleh pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota (KPMIM) yang mengambil program Diploma in Computer Networking (DCN). Fungsi activity wizard yang disediakan Cisco Packet Tracer merupakan satu fungsi yang amat membantu pensyarah untuk mengenalpasti kemajuan pelajar dengan cepat dan menjadikan pensyarah kreatif mengadakan simulasi permasalahan konfigurasi rangkaian komputer berdasarkan senario ciptaan sendiri. Activity wizard yang dicipta akan disimpan sebagai fail berformat .pka yang dikenali sebagai fail aktiviti. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian melibatkan pelajar DCN yang mempunyai pengalaman menggunakan fail aktiviti. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan hasil persepsi yang positif daripada pelajar. Kekangan penggunaan fail aktiviti turut dibincangkan.


Reference
  • No Data Recorded