Semantik Dalam Lirik Lagu Fire & Water Dalam Filem Animasi Boboiboy Movie 2
List of Authors
Mohd Fazirul Rafiq Afandi, Mohd Nizam Attan, Mohd Suhaimi Md Yasin
Keyword
Semantik, Lirik Lagu, Filem Animasi Malaysia, Boboiboy Movie 2, Budaya
Abstract
Industri animasi Malaysia semakin berkembang pesat dan karya tempatan kian menonjol dalam memperkukuh identiti budaya melalui medium seni. Filem BoBoiBoy Movie 2 bukan sahaja menampilkan visual animasi yang berkualiti, tetapi turut memperlihatkan kekuatan lirik lagu yang sarat dengan makna semantik. Kajian ini bertujuan menganalisis lirik lagu utama Fire & Water oleh Faizal Tahir dalam filem animasi tersebut menggunakan teori makna Geoffrey Leech (1974) yang merangkumi makna konseptual, konotatif, sosial, afektif, reflektif, kolokatif dan tematik. Metodologi yang digunakan ialah analisis deskriptif interpretatif dengan memberi fokus kepada makna tersurat dan tersirat dalam teks lirik. Hasil analisis mendapati bahawa lirik lagu bukan sahaja menyampaikan mesej motivasi dan semangat pantang menyerah, tetapi juga mengandungi simbolisme unsur alam, nilai budaya Melayu Islam serta pengaruh global. Lirik turut berperanan sebagai medium komunikasi budaya yang mampu memberi kesan emosi kepada generasi muda, di samping membentuk identiti serta jati diri masyarakat Malaysia. Dapatan ini menegaskan bahawa lirik lagu dalam filem animasi tempatan merupakan teks kreatif yang bukan hanya bersifat hiburan, tetapi juga medium pendidikan nilai dan emosi.