Prestasi dan penerimaan pengundi terhadap Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam pilihan raya umum Ke-14 di Wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Muhammad Hazim Abdul Ghani , Nur Ellyanis Mohd Basori

Keyword
  • Parti politik, Islam, prestasi, penerimaan, pemerintahan

Abstract
  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang meletakkan nama agama iaitu Islam di Malaysia. Prestasi PAS dalam setiap PRU dilihat turun naik setiap kali pilihan raya dan kerap keluar masuk pakatan parti politik. PRU-14 (2018) memperlihat PAS bertanding bersendirian menentang BN dan Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hasilnya PAS kekal berkuasa di Kelantan, berjaya menawan Terengganu daripada BN namun kurang diterima di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis prestasi dan penerimaan pengundi terhadap PAS dalam PRU-14 di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PAS sukar mendapat sokongan padu daripada pengundi di kawasan Pantai Barat kerana ketidakyakinan pengundi terhadap kemampuan PAS dengan mengambil contoh pemerintahan PAS di Kelantan yang menyebabkan rakyat di negeri tersebut terus dibelenggu kemiskinan dan kemudahan infrastruktur yang kurang baik. PAS juga gagal mendapat sokongan yang baik daripada pengundi bukan Melayu/bukan Islam kerana parti tersebut dilihat terlalu ekstrim dan kurang menekankan kebajikan orang bukan Islam. Implikasi daripada penulisan artikel ini ialah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, PAS perlu menyesuaikan perjuangan dan strategi kempennya agar lebih sederhana, menampilkan kepimpinan yang bermanfaat untuk kebajikan rakyat dan lebih inklusif kepada semua kaum dan agama di seluruh Malaysia.

Reference
  • 1. Abu Bakar Chik. (2011). 60 Tahun PAS: Memacu Perubahan, Mengurus Kemenangan. Kuala Terengganu: Pustaka Damai MTT.
    2. Abdul Hadi Awang. (2005). Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn Bhd.
    3. Abdul Hadi Awang. (2011). Konsep Asas Negara Berkebajikan. Kuala Lumpur: Pejabat Presiden PAS & Dewan Ulamak PAS Pusat.
    4. Abdul Rahman Embong, Nor Hayati Sa’at & Azlina Abdullah. (2019). Penyelidikan Sains Sosial Malaysia Pasca Merdeka. Bangi: Penerbit UKM.
    5. Ahmad Lutfi Othman. (2019). Revolusi Tanpa Darah: Keberanian Rakyat Malaysia Tumbangkan Rejim Kleptokrat UMNO-BN Dalam PRU14. Ampang: Penerbit Ahmad Lutfi Othman.
    6. Aisyah Yamin. (2017). Yakinlah dengan Kepimpinan Ulamak- Ustaz Azhar Idrus. Harakah Daily. Dicapai di https://berita.pas.org.my/yakinlah-dengan-kepimpinan-ulamak-ustaz-azhar idrus/ pada 9 November 2019.
    7. Amalina Arshad. (2012). UMNO PAS PKR: Semua Tak Betul? Siapa Betul?. Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing.
    8. Amer Saifude Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman. (2011). Pilihan Raya Umum ke-12: Tinjauan Mengenai Corak Pengundian. Dlm. Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman & Suffian Mansor. Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12: Isu dan Pola Pengundian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    9. Ariffuddin Ishak. (2013). Nik Aziz Seru Calon BN undi PAS, Masuk Syurga. Mstar Online. Dicapai di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/07/19/nik-aziz-seru-calon-bn- undi-pas masuk-syurga pada 1 November 2019.
    10. Annonymous. (2018). Apa Nasib Islam di Era PH? Harakah Daily. Dicapai di https://berita.pas.org.my/apa-nasib-islam-di-era-ph/ pada 11 November 2019.
    11. Annonymous. (2012). Undi PAS Masuk Syurga Janji Kosong. Sinar Harian. Dicapai di https://www.sinarharian.com.my/politik/undi-pas-masuk-syurga-janji-kosong-1.36676 pada 1 November 2019.
    12. Azmil Tayeb. (2018). The Green wave of PAS on the East Coast of Peninsular Malaysia. In Francis Loh & Anil Netto. Regime Change in Malaysia: GE 14 and the End of UMNO-BN’s 60- Year Rule. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    13. C.N. Al-Afghani. (2013). Khianatkah Aku?. Alor Setar: C.N. Al-Afghani Dewan Ulamak PAS Pusat. (2009). 25 Tahun Kepimpinan Ulamak: Membangun Bersama Islam. Kuala Lumpur: Nufair Street Sdn Bhd.
    14. Habibul Izzah Ahmad. (2014). Tok Guru: Sebuah Biografi Awal. Kota Bharu: Penerbit Pemikiran Tok Guru Sdn Bhd.
    15. Hanneeyzah Bariah Baharin. (2019). Dana 90 Juta: PAS Tunggu Hasil Siasatan- Hadi. Berita Harian. Dicapai di https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/530273/dana-rm90 juta-pas-tunggu-hasil-siasatan-hadi pada 1 November 2019.
    16. Harun Din. (2014). Jom! Kenali Hudud. Shah Alam: PNS Publications.
    17. Ismail Sualman, Siti Zabedah Mohd Shariff, Amelia Abdul Aziz & Noraini Yusof. (2013). Media dan Isu Pilihanraya ke 13: Analisis Trend Pengundian di Selangor. Dlm. Media dan Pilihanraya Umum Ke 13. Pnyt. Ismail Sualman, Suhaimee Saahar@Saabar. Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
    18. Lotfi Ismail. (2003). Hadi PM Malaysia Ke-6?. Kota Bharu: Lotfi Ismail.
    19. Malaysiakini. (2019). Sarawak Report Tak Ada Bukti PAS Terima RM90 Juta- Tuan Ibrahim. Malaysiakini. Dicapai di https://www.malaysiakini.com/news/462746 pada 2 November 2019.
    20. Md. Rozimi Mohd Nasir & Ahmad Kamal Ariffin Md Rus. (PAS). Kelantan Sehingga Pengisytiharan Darurat 1977. Demokrasi dan Pilihan Raya. 1(1): 43.60
    21. Mohammad Ridhauddin Mohd Salleh & Nur Arfah Abdul Sabian. (2015). Tahaluf Siyasi: Antara Peluang dan Prinsip. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    22. Mohd Aizat Mohd Salleh. (2011). Pemikiran Tuan Guru. Batu Caves: PTS Millinennia Sdn. Bhd. Mohd Amin Yaakub. (2001). Sejarah Pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990. Kota Bharu: Pusat Kajian Strategik.
    23. Mohd Fadli Ghani. (2019a). PAS 1951-1957: Penubuhan, Dinamisme Organisasi, Kepemimpinan dan Ideologi. Kuala Lumpur: KUIZM Publication.
    24. Mohd Fadli Ghani. (2019b). PAS & Merdeka: Perjuangan dan Sumbangan. Rawang: Minda Fadhilat Gemilang Resources.
    25. Mohd Hanafiah Hashim. (2009). 29 Tahun PAS Tawan Hati Rakyat Kelantan. Sinar Harian. Dicapai di https://www.sinarharian.com.my/article/27029/Analisis-Sinar/29-tahun-Pas tawan-hati-rakyat-Kelantan pada 4 November 2019.
    26. Mohd Hasbie Muda. (2013). Kemenangan yang Tertangguh: Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan Unjuran Kemenangan Masa Hadapan. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    27. Mohd Hasbie Muda. (2014). PAS & Pilihan Raya. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    28. Mohd Sayuti Omar. (2014). Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah. Kuala Lumpur: Tinta Merah Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2009). Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    29. Nazura Ngah. (2019). Kerjasama PAS-UMNO Masih Timbulkan Sangsi. Berita Harian. Dicapai di https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/604741/kerjasama-pas-umno-masih timbulkan-sangsi pada 31 Oktober 2019.
    30. Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2017). Sekilas Bicara Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    31. Nurul Riduan Nor Ashala. (2019). Dana RM 90 juta: SPRM Siasat Penderma Tetap, Kroni PAS. Sinar Harian. Dicapai di https://www.sinarharian.com.my/article/13748/BERITA/Nasional/Dana-RM90-juta SPRM-siasat-penderma-tetap-kroni-Pas pada 2 November 2019.
    32. Riduan Mohd Nor. (2011). PAS dan Perjuangan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Riduan Mohd Nor. (2013). Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan di Malaysia (1951-2004). Kuala Lumpur: Jundi Resources.
    33. Shakira Buang. (2018). Azhar Idrus: PAS Pilihan Terbaik untuk Umat Islam. Malaysiakini. Dicapai di https://www.malaysiakini.com/news/423264 pada 11 November 2019.
    34. Shakira Buang. (2016). Baik Bubar PAS dari Bergabung dengan UMNO- Tuan Ibrahim. Malaysiakini. Dicapai di https://www.malaysiakini.com/news/334769 pada 2 November 2019.
    35. Syahidulamri Khairuddin. (2016). Perpuakan PAS Era Abdul Hadi Awang (2002-Jun 2015). Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.
    36. Syed Arabi Idid. (2011). Peranan Media Massa Dalam Pilihan Raya Umum. Gombak: Penerbit UIAM
    37. Wan Ji Wan Hussin. (2019). Penunggang Agama? Batu Caves: Puteh Press.