Tahap Keupayaan Pelajar Terhadap Menggunakan Sumber Digital Sejarah Dalam Pembelajaran Kendiri
List of Authors
  • Pusparani a/p Nagendran

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendidikan merupakan satu perkara yang paling penting dan menjadikan seseorang yang insan yang baik. Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan sejarah merupakan satu elemen yang sangat penting untuk membina manusia yang berpatriotisme.Kajian ini memfokuskan sumber digital sejarah  iaitu ini merupakan suatu inovasi pada masa kini untuk menarik minat dan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran sejarah supaya mencapai matlamat pendidikan sejarah. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap keupayaan pelajar dalam menerima dan menggunakan sumber digital sejarah. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif. Seramai 100 pelajar telah terlibat  dalam kajian ini dari daerah, Temerloh Pahang.Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Kaedah deskriptif digunakan untuk menilai keupayaan pelajar secara menyeluruh. Manakala, kaedah inferen menggunakan Ujian-t bersandar dan anova sehala. Dapatan kajian menunjukkan keupayaan pelajar dalam menggunakan sumber sejarah adalah tinggi.


Reference
  • No Data Recorded