Pengetahuan Guru Dalam Mengawal Tingkah Laku Distruptif Murid Berkeperluan Khas
List of Authors
  • Rosadah Abd Majid

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini berkaitan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas di daerah Melaka Tengah. Kaedah tinjauan digunakan terhadap 100 orang sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah daerah Melaka Tengah. Sampel dipilih berdasarkan kaedah   persampelan sistematik. Soal selidik yang telah diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian-kajian lepas telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang digunakan mengandungi item-item seperti profil sampel dan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas. Skor min tahap pengetahuan guru-guru pendidikan khas mencatatkan min yang tinggi (m=4.20 dan sp=0.62). Dapatan kajian juga menyatakan bahawa skor min bagi tahap pengetahuan guru-guru perempuan (m=4.24 dan sp=0.38), guru-guru opsyen Pendidikan Khas (m=4.28 dan sp=0.35)  dan juga tahun perkhidmatan di antara 26 hingga 35 tahun (m=4.69 dan sp=0.03) mencatkan skor min yang tinggi. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan guru Pendidikan Khas berdasarkan gender (F=0.779; df=98; p=0.85; p> 0.05; t= -1.737). Dapatan juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan pengetahuan guru-guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Khas dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas (F=1.166; df=98; p=0.00; p<0.05; t=5.891). Secara keseluruhannya kajian ini dapat memberi gambaran berkenan kepentingan tahap pengetahuan guru dalam mengawal tingkah laku distruptif murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah, masyarakat serta menikmati kehidupan seharian yang lebih baik dan bermakna.


Reference
  • No Data Recorded