Strategi Eufemisme dalam Ucapan Rasmi Amanat Tahun Baharu 2026 Perdana Menteri Malaysia ke-10
List of Authors
  • Mukhriz Mokhtar, Muzaimir Mokhtar

Keyword
  • Eufemisme, Ucapan Rasmi Dan Tindakan Air Muka

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi eufemisme yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam ucapan rasmi Amanat Tahun Baharu 2026. Seterusnya kajian ini ingin menjawab persoalan kajian yang menerokai jenis eufemisme yang digunakan serta cara strategi eufemisme mengurangkan ancaman terhadap air muka. Selanjutnya, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis teks verbatim ucapan Perdana Menteri Malaysia ke-10. Kajian ini menggunakan kerangka teori eufemisme oleh Allan dan Burridge (1991) yang merupakan strategi kesantunan dalam pengucapan awam untuk memelihara air muka dengan mengurangkan tindakan mengancam air muka. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga strategi utama yang diaplikasikan, iaitu (1) ayat berkias (circumlocution), (2) penggantian kata (one-for-one substitution), dan (3) ungkapan mengecilkan (understatement). Penggunaan strategi ini terbukti berkesan dalam menyampaikan kritikan terhadap kepimpinan terdahulu dan menyalurkan maklumat sensitif secara berhemah tanpa menjejaskan imej pihak-pihak terlibat. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman wacana politik dan strategi kesantunan dalam konteks ucapan rasmi di Malaysia.

Reference
  • No References Recorded