Di dalam pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini, ia adalah penting untuk memastikan para ibu bapa dan juga guru di sekolah berpuas hati dengan kualiti yang akan memberi impak kepada kanak-kanak. dengan kualiti yang terjamin, maka terbentuklah kanak-kanak yang mempunyai pendirian. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pandangan ibu bapa tentang kualiti pendidikan prasekolah di prasekolah kerajaan. Antara aspek yang ada pada kualiti prasekolah tersebut ialah persekitaran prasekolah, kualiti guru dan kemudahan dan kelengkapan infrastruktur.Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan (survey) untuk mengkaji tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan kerajaan. Populasi kajian ini ialah kanak-kanak yang mendarftar di prasekolah kerajaan di daerah Kuching, Sarawak. Persampelan kajian ini ialah terdiri daripada ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di prasekolah kerajaan yang berumur di dalam lingkungan 4 ke 6 tahun yang melibatkan 3 buah prasekolah kerajaan. Instrumen kajian yang digunakan ialah kuantitatif. Ia dijalankan melalui borang soal selidik yang diedarkan. Prosedur pengumpulan data ini ialah dengan hanya menggunakan medium Whatsapp untuk berkomunikasi dengan pihak prasekolah untuk meminta kebenaran mengedarkan borang soal selidik kepada ibu bapa. Penganalisisan data kajian ini dengan penggunaan Statistical Package for Social Sciences, (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk menunjukkan markah min dan peratus digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden, soal selidik berkenaan dengan kualiti guru, kemudahan dan kelengkapan infrastruktur dan persekitaran prasekolah. Implikasi yang didapati di dalam kajian ini ialah pihak guru dan juga ibu bapa mengetahui kekurangan dan kelebihan prasekolah kerajaan dengan memperbaiki masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, ibu bapa sangat berpuas hati dengan kualiti guru di dalam aspek cara pemakaian guru yang sopan dan menjadikan guru sebagai model kanak-kanak di prasekolah.