Budaya dan kesannya ke atas perbelanjaan belia Melayu Kuala Lumpur
List of Authors
  • Aida Idris , Kim Keum Hyun , Marzudi Md Yunus , Nur Jannah Bukhari

Keyword
  • Keperluan, pola perbelanjaan, budaya berbelanja, belia, bandar

Abstract
  • Perbelanjaan merupakan hasil daripada aktiviti berbelanja yang dilakukan untuk memenuhi keperluan seharian. Namun demikian, ketika berbelanja terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perbelanjaan bagi satu-satu keperluan berbeza mengikut individu. Kajian ini dijalankan pertamanya adalah untuk mengenalpasti adakah nilai-nilai budaya yang dikaji mewakili unsur budaya, apakah jenis keperluan yang diutamakan ketika berbelanja dan sejauhmanakah budaya mempengaruhi perbelanjaan keperluan tersebut. Untuk melaksanakan kajian ini, kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan bola salji (snowball sampling) telah dijalankan ke atas 522 orang belia di Kuala Lumpur. Sampel yang terpilih melibatkan beberapa kriteria iaitu bekerjaya, kaum Melayu, berumur antara 20-39 tahun, serta tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu set borang soal selidik telah diedarkan ke atas 522 orang responden dan data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Structural Equation Modelling (SEM) dengan program Analysis of Momentum Structure (AMOS) versi 24. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor nilai budaya yang diuji sememangnya mempengaruhi perbelanjaan golongan belia Melayu bandar secara signifikan. Belia Melayu bandar didapati menghayati nilai berjimat dan masih mengutamakan keperluan keluarga dengan baik, di samping masih mengamalkan nilai-nilai tradisional masyarakat Melayu walaupun berdepan dengan budaya bandaran. Dapatan kajian yang ditonjolkan secara keseluruhannya memperlihatkan, latar belakang budaya yang dihayati akan membentuk pola perbelanjaan seseorang individu itu sendiri. Maka, dapat dibuktikan bahawa dengan perbelanjaan yang pelbagai meliputi diri sendiri serta masyarakat di sekeliling tidak diabaikan apabila menghayati nilai budaya yang menjadi pegangan hidup walaupun sedang menetap di kawasan bandar. Hasil kajian ini dapat membantu memahami gaya berbelanja yang diamalkan oleh golongan belia Melayu khususnya yang menetap di bandar yang seterusnya dapat dijadikan panduan oleh pihak yang berkaitan untuk memberi bantuan secara bersasar, sesuai dengan keperluan demi kelangsungan hidup mereka.

Reference
  • 1. A, Maslow. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review. 50, 370-396.
    2. Astro Awani. (2015). Kadar tol naik antara 17 hingga 80% di beberapa lebuhraya. www.astroawani.com.my [21 Oktober 2018].
    3. Bank Negara Malaysia .(2015). Laporan Tahunan 2015. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.
    4. Berita Harian. (2014). Akta baharu lindungi penjamin. https://www.bharian.com.my/node/8012 [23 November 2018.]
    5. Burton, J. (1990). Conflict : resolution and prevention. New York: St Martin’s Press.
    6. Craig, C. S., & Douglas, S. (2005). Beyond national culture : implications of culture dynamics for consumer research. International Marketing Review. 23(3), 322-342.
    7. Dawn, B. Valentine, & Thomas, L.P. (2013). Generation Y values and lifestyle segments. Journal of Consumer Marketing.30 (7), 597-606.
    8. Harian Metro. (2015). Kadar tol 12 lebuhraya naik. https://www.hmetro.com.my/node/84542, [12 Oktober 2015]
    9. Hertnon, S. (2005). A theory of universal human needs. http://simonhertnon.com/a- theory- of universal-human-needs/. [16 November 2017]
    10. Jabatan Insolvensi Malaysia. (2013). Laporan Tahunan BHEUU. http://www.insolvensi.gov.my [12 April 2018]
    11. Jabatan Insolvensi Malaysia. (2018). Laporan Tahunan BHEUU. http://www.insolvensi.gov.my [10 Januari 2019].
    12. Kotler, P. & Armstrong, G. (2007) Principle of marketing. New Jersey: Prentice Hall.
    13. Kotler, P. (2003). Marketing management (11th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall.
    14. Krejcie, R. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.
    15. Lazarsfeld, P. F. (1958). Evidence and inference in social research. Daedalus, 87(4), 99-130.
    16. Max-Neef, M. (1992). Development and human needs. In P. M.-N. Ekins, Real-life economics. understanding wealth creation (pp. 197-213). London: Routledge.
    17. Mogilner, C. & Norton, M.L. (2016). Time, money, and happiness, Current Opinion on Psychology, 10, 12-16.
    18. Mohd Fadzli. (2017). Cabaran kewangan isi rumah miskin bandar rentetan peningkatan kos sara hidup. Ringgit (April), Bank Negara Malaysia dan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia.
    19. Muhammad Ariff Ahmad. (2007). Nilam, nilai Melayu menurut adat. Singapura: Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura.
    20. Norazit Selat.(1996). Urban Survival : the Malays of Muar. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.
    21. Rongwei Chu, Matthew Liu Guicheng, James Shi. (2015). How rural-urban identification influences consumption patterns? Evidence from Chineses migrant workers. Asia Pacific Journal of Marketing and Logistics. 27(1), 40-60.
    22. Rosenberg, M. (2003). Non-violent communication. A language of life. California: Puddle Dancer Press.
    23. Schiffman, L., Hansen H. & Kanuk, L. (2007). Consumer behaviour : An European Outlook. London: Pearson Education.
    24. Sekaran, U. (2003). Research method for business (4th ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc.
    25. Solomon, M. R. (1996). consumer behavior (3rd ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.
    26. Swift, M. G.(1965). Malay Peasant Society in Jelebu. New York: Humanities Press Inc.
    27. Unit Perancang Ekonomi. 2014. Agihan pendapatan bagi kumpulan isi rumah 20% tertinggi, 40% pertengahan, dan 40% terendah mengikut kumpulan etnik dan strata, Malaysia. www.epu.gov.my: www.epu.gov.my. [10 Januari 2018].
    28. Utusan Malaysia. 2015, Tambang LRT, KTMB naik hingga 100 peratus. www.bharian.com.my. [9 Februari 2018]
    29. Wirth, L.(1938). Urbanism as a way of life. American Journal of Sociology. 44(1), 1-24.
    30. Whillans, A.V., Dunn, E.W., Sandstrom, G.M., & Dickerson, S.S. (2016). Is spending money on others good for your health? Health Psychology, 35(6), 574-583.
    31. Zukin, S. & Maguire, J. S. (2004). Consumers and consumption. Annual Review of Sociology, 30, 173-197.