Kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar IPTA berdasarkan jantina
List of Authors
Siti Kausar Zakaria
Keyword
kecerdasan Pelbagai, Jantina
Abstract
Kajian bertujuan untuk melihat purata dan perbezaan profil kecerdasan pelbagai pelajar Ijazah Sarjana Muda di sebuah fakulti di IPT tempatan berdasarkan jantina. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983, 1992) telah digunakan. Kajian menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Ujian rintis yang dijalankan menunjukkan soal selidik yang dibina dan diubahsuai daripada instrumen terdahulu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sampel kajian terdiri daripada 346 orang pelajar yang dipilih secara rawak berstrata daripada kumpulan jantina. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat min profil responden, manakala statistik inferensi iaitu MANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Penganalisisan data menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhannya analisis deskriptif min menunjukkan pelajar lelaki lebih tinggi dalam logik matematik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang, kinestetik badan, muzik dan naturalis berbanding pelajar perempuan. Sementara pelajar perempuan lebih tinggi dalam verbal linguistik dan rohani berbanding pelajar lelaki. Analisis MANOVA pula mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan pelbagai merentas jantina sekaligus menolak nul hipotesis kajian. Kajian merumuskan jantina mempunyai implikasi yang penting kepada kecenderungan pelajar dalam kecenderungan memilih gaya pembelajaran tertentu. Pelajar lelaki lebih cerdas daripada pelajar perempuan dalam kebanyakan aspek kecerdasan pelbagai. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang menumpukan kepada satu-satu kecerdasan menyebabkan potensi, bakat dan kemahiran pelajar merentas jantina sukar dikembangkan sepenuhnya.
Reference
1. Campbell, L. & Campbell, B. (1999). Multiple Intelligences and Student Achievemnet: Success Stories From Six Schools. Virginia: ASCD.
2. Ellen N. Oteng. (2012). A Comparatie Analysis of Multiple Intelligence Theory With Relationship to Gender in Selected Schools in Ghana. Tesis Doktor Falsafah Terbit, Jabatan Pendidikan: Universiti Cape Coast. Proquest: US, UMI no: 3536021.
3. Oraib Humoud Ali. (2011). Multiple Intelligence of Students at Jordanian Universities.
4. Journal of International Education Research, volume 7 (4).
5. Gardner, H. (1996). Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for the 21stCentury. New York: Basicbooks.
6. Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Ed. ke 3. New York: Basicbooks.
7. Ibrahim Mohamed Zin. (2007). Membina dan Mengesahkan Instrumen Penaksiran
8. Kecerdasan Pelbagai. Tesis Ph.D tidak terbit. UKM: Bangi.
9. Ibrahim Mohamed Zin &Farah Mukhtar. (2010). Hubungan Kecerdasan Pelbagai, Gaya
10. Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Guru Pelatih, http://www.ipislam.edu.mmy/index.php (30 Mac 2012).
11. Siti Kausar Zakaria. (2016). Kecerdasan Pelbagai, Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Insaniah Pelajar FPI UKM, Tesis Phd, Fakulti Pendidikan UKM.
12. Stark, D. L. (2004). A Comparison of Multiple Intelligence Profiles in College Singers and Non-Singers with Implications for Teachers of Singing. ProQuest, UMI Dissertation Publishing 3127103: Ball State University.