Pengaruh Latar Belakang Keluarga Dan Pencapaian Akademik Pelajar Di SMK Bau
List of Authors
  • Shahlan Surat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh latarbelakang ibu bapa dari segi pendidikan, pekerjaan dan pendapatan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sokongan ibubapa menunjukkan nilai signifikan yang positif kerana mempunyai pembangunan diri yang positif dalam peningkatan prestasi akademik pelajar (Mahaffy, 2004) . Menurut Noor Su’adah & Zalinah (2013), dengan bimbingan dan galakan yang beterusan daripada ibubapa dan mereka yang di sekeliling dapat membantu pelajar mencapai kejayaan. Semakin kuat dorongan dan sokongan ibu bapa, semakin meningkat prestasi akademik pelajar dan sebaliknya. Seramai 93 responden tingkatan 1 dan 4 dari SMK Bau terpilih bagi menjalankan kajian ini. Soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat yang diingini. Analisis korelasi Pearson kajian dijalankan menggunakan SPSS V.22 dan Microsoft Excel untuk analisis deskriptif kuantitatif. Kajian ini mendapati terdapat hubungan signifikan yang lemah dengan ketiga – tiga pemboleh ubah tak bersandar iaitu pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Pendidikan ibu dan bapa, pekerjaan bapa dan  pendapatan ibu bapa hanya memberi pengaruh yang kecil manakala pekerjaan ibu dan pendapatan ibu menunjukkan tiada kesignifikan terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 1 dan 4 di SMK Bau. Kecemerlangan pencapaian akademik yang diperolehi pelajar bukan hanya kerana faktor latar belakang ibu bapa semata - mata. Hasil kajian ini dapat menjadi panduan bagi pengkaji pada masa akan datang dan pihak yang berkaitan dengan institusi pendidikan.


Reference
  • No Data Recorded