Kewujudan hubungan kuat antara kreativiti dan inovasi adalah kerana berlakunya pertindanan ciri, konsep dan konstruk. Antara sebabnya ialah konstruk kreativiti diukur secara tunggal hingga menyebabkan berlakunya pertindanan antara satu sama lain yang menyebabkan kesukaran pengukuran dilaksanakan. Oleh itu satu instrumen kreativiti berbentuk multi dimensionality (person, process, product, press) dengan kesahan diskriminan perlu dibangunkan bagi mengukur kreativiti. Pengukuran kreativiti secara tunggal, jenis, gaya, sikap dan kemahiran telah banyak digunakan bagi mengukur kreativiti pelukis, penyanyi, ahli perniagaan, murid sekolah, pengetua sekolah tetapi tidak kepada Guru Besar. Pembangunan instrumen bagi mengukur kreativiti Guru Besar perlu dibangunkan kerana budaya kerja, persekitaran sekolah amat berbeza dengan tugas pengetua di sekolah menengah. Oleh itu kertas ini akan membincangkan proses awal pembinaan instrumen secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam proses pembentukan awal instrumen ini ialah ciri, konsep, teori serta pemerosesan data dan analisis temu bual bagi pembinaan item-item bagi konstruk kreativiti (person, process, product, press).