Pengajaran Berasaskan Video Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Topik Algebra
List of Authors
  • Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penguasaan konsep asas algebra merupakan salah satu elemen yang perlu ada pada setiap pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaubagaimanapun, kefahaman terhadap topik algebra masih berada pada tahap yang rendah.  Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar tingkatan 2 terhadap topik algebra menggunakan pengajaran berasaskan video animasi. Perlaksanaan kajian ini adalah berdasarkan Model Kemmis dan McTaggart yang dimulakan dengan gelung 1 iaitu refleksi, merancang tindakan seterusnya memerhati. Apabila masalah tidak dapat diatasi, pengkaji  melaksanakan gelung 2 sehingga masalah selesai. Kajian ini melibatkan lapan orang peserta kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dari sebuah sekolah yang menghadapi masalah untuk menyelesaikan persamaan linear algebra. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, temubual, ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan video animasi dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar untuk menyelesaikan soalan persamaan linear algebra dengan betul seterusnya membantu guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan untuk topik ini.


Reference
  • No Data Recorded