Motivasi Dan Penglibatan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Staf Kolej Universiti Widad Di Kuantan, Pahang
List of Authors
  • Mohd Radzani Abdul Razak

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penglibatan dalam aktiviti fizikal didorong oleh beberapa motivasi yang menyebabkan masyarakat melakukannya secara sukarela. Penglibatan dalam aktiviti fizikal juga banyak memberi kebaikan serta manfaat kepada masyarakat yang mengamalkannya terutama dalam aspek kesihatan dan kecergasan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti motivasi intrinsik dan ekstrinsik penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan staf Kolej Universiti Widad. Kajian ini turut mengkaji indeks jisim badan (BMI) dan tahap kecergasan fizikal staf Kolej Universiti Widad. Kajian ini memilih staf Kolej Universiti Widad yang berumur 20-50 tahun bagi menjawab soalan soal selidik iaitu soalan Participation Motivation Questionnare (PMQ) serta melakukan ujian kecergasan fizikal yang dijalankan oleh penyelidik. Data yang diperolehi dan di analisa menggunakan SPSS 25 (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian menunjukkan bahawa staf Kolej Universiti Widad melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berdasarkan motivasi intrinsik adalah untuk menghilangkan tekanan. Aspek motivasi ekstrinsik pula, kajian ini mendapati bahawa staf Kolej Universiti Widad lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti fizikal kerana ingin mendapatkan ganjaran. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kadar indeks jisim badan (BMI) dan kecergasan fizikal (Vo2 Max) staf Kolej Universiti Widad berada di paras yang sederhana bagi lelaki dan paras yang rendah bagi wanita. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan staf Kolej Universiti Widad kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara konsisten dan implikasi kajian ini sangat berguna bagi memberi maklumat serta informasi tentang status kesihatan dan kecergasan kakitangan sektor swasta yang sentiasa dibebani dengan kerja hakiki.


Reference
  • No Data Recorded