Dalam era globalisasi ini kita sering mendengar tentang sambutan majlis graduasi mewah tadika. Majlis graduasi ini macam sudah menjadi satu budaya setiap hujung tahun pihak tadika akan menganjurkan majlis graduasi tadika untuk memberi tanda penghargaan kepada kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk meneroka masalah ibu bapa dalam pembayaran kos majlis graduasi mewah tadika . Dalam kajian ini pengkaji menggunakan reka bentuk kajian fenomenologi iaitu sesuai dengan kajian yang pengkaji ingin lakukan iaitu meneroka pengalaman ibu bapa terhadap sambutan majlis graduasi mewah tadika. Persampelan yang pengkaji gunakan ialah persampelan bertujuan iaitu 3 orang ibu bapa iaitu seorang dari Semenanjung dan dua orang dari Sarawak. Hasil kajian ini menunjukkan ada ibu bapa setuju dengan penganjuran majlis graduasi tadika mewah ini kerana mereka mempunyai latar belakang yang berkemampuan tetapi lain juga pendapat keluarga yang banyak bebanan dan salah satu daripada mereka yang bekerja perkara seperti ini memberi masalah kepada mereka. Implikasi yang diperolehi dalam kajian ini ialah pihak tadika mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh ibu bapa supaya mereka dapat mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut. Kesimpulannya, perbincangan antara ibu bapa dan pihak tadika amat digalakkan supaya boleh mendengar pendapat dan cadangan masing-masing.