Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) Dalam Talian Dengan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Nur Hanisah Ahmad Saifudin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian (online learning) menjadi trend pembelajaran yang terkini yang memberi cabaran kepada golongan guru untuk mengadaptasi norma baharu proses pendidikan. Profesion perguruan sebagai tunggak utama negara dalam menghasilkan modal insan yang cemerlang. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu terma dan proses yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa yang dapat menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis. Pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam talian bukanlah satu fenomena yang baharu tetapi mula diaplikasikan pada tahun 2020 berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penglibatan guru dan murid serta kerjasama ibu bapa amat penting dalam memastikan PdPR berjalan dengan lancar. Tambahan pula, perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada murid sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan tujuh hingga dua belas tahun yang memerlukan bimbingan dan sokongan ibu bapa di rumah dalam mercapai tahap prestasi cemerlang yang diinginkan oleh pentadbiran sekolah bahkan mungkin akan menyebabkan berlakunya keciciran dalam mata pelajaran. Maka, penglibatan semua pihak amat penting dalam memastikan proses PdPR berjalan dengan lancar. Kertas konsep ini dihasilkan bertujuan menelusuri cabaran PdPR dalam talian terhadap murid sekolah rendah dan berfokuskan kepada kognitif murid, kecerdasan pelbagai, cabaran pelaksanaan dan cadangan pengendalian PdPR yang akan dilaksanakan.


Reference
  • No Data Recorded