Kajian Ikon, Indeks Dan Simbol Dalam Cerita Legenda Lombok Berdasarkan Teori Semiotik
List of Authors
  • Norazimah Zakaria

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penghargaan terhadap wanita di Lombok merupakan satu identiti bagi masyarakat Lombok, hal ini sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Hal ini jelas dapat ditemukan di dalam karya-karya sastera tradisional baik karya sastera tradisional berbentuk syair dan cerita legenda yang berkembang ditengah masyarakat. Banyak Syair, hikayat dan cerita legenda yang berkembang di tengah masyarakat Lombok menceritakan tentang wanita, hal itu sebagai salah satu cara masyarakat Lombok merefleksikan kepercayaan bahawa wanita sebagai sumber kehidupan. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu mengenal pasti ikon, indeks dan simbol dalam cerita legenda Lombok berdasarkan teori semiotik Peirce (1931-58) dan yang kedua iaitu menganalisis bagaimana hubungan ikon, indeks dan simbol dalam cerita legenda dengan konteks budaya masyarakat Lombok. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Kajian ini bertitik tolak daripada teori semiotik Peirce (1931-58) yang mengemukakan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan simbol. Cerita legenda Puteri Denda Mandalika, Dewi Anjani dan Puteri Rengganis ialah tiga cerita legenda yang menjadi ikon wanita di pulau Lombok. Dalam cerita-cerita legenda ini masyarakat Lombok mempercayai bahawa cerita legenda Dewi Anjani sebagai awal mula adanya kehidupan di pulau Lombok dan sebagai sosok ibu yang memberi kehidupan di daratan sedangkan dalam cerita legenda Puteri Denda Mandalika wanita disimbolkan sebagai ibu yang memberi kehidupan di lautan. Dalam makalah ini, ketiga-tiga prinsip akan digunakan untuk melihat bagaimanakah hubungan ikon, indeks dan simbol dalam cerita legenda dengan budaya masyarakat Lombok.


Reference
  • No Data Recorded