Aktiviti Bermain Pasir Meningkatkan Interaksi Sosial Kanak-kanak yang Kelewatan Pertuturan
List of Authors
  • Siti Zalifah Mohamad Sah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aktiviti bermain pasir merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan serta banyak digunakan untuk tujuan terapi mahupun intervensi. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan aktiviti bermain pasir dalam meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak kelewatan pertuturan. Kajian ini merupakan kajian kes yang melibatkan seorang sahaja subjek kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan melakukan pemerhatian menggunakan kaedah ujian-pra dan ujian-post keatas subjek bagi mendapatkan kekerapan interaksi sosial subjek dengan rakan. Kajian ini dijalankan didalam satu kumpulan kecil yang melibatkan subjek serta rakan sekelas. Hasil kajian mendapati peningkatan kekerapan interaksi sosial yang berlaku sepanjang pemerhatian dan ujian yang dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa, aktiviti bermain pasir dapat dijadikan sebagai salah satu intervensi dalam meningkatkan interaksi sosial terutamanya kepada kanak-kanak kelewatan pertuturan. Selain itu, hasil pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak kelewatan pertuturan kurang interaksi sosial dikenalpasti. Aktiviti bermain pasir sememangnya membantu dalam meningkatkan interaksi sosial dan mudah untuk dilaksanakan. Aktiviti ini juga mudah diubah suai mengikut keadaan dan juga tujuan perlaksanaannya. Perkembangan sosial ditingkatkan melalui aktiviti ini dan secara tidak langsung kanak-kanak lebih banyak berinteraksi dan berkomunikasi.


Reference
  • No Data Recorded