Meneroka Pengalaman Pelaksanaan Pedagogi Terbeza Melalui Kaedah Kinestetik terhadap Murid Pemulihan Khas
List of Authors
  • Mohd Syazwan Zainal, Nur Najihah Atiqah Nasran

Keyword
  • Pedagogi Terbeza, Kaedah Kinestetik, Murid Pemulihan, Cabaran Pelaksanaan

Abstract
  • Pedagogi terbeza melalui kaedah kinestetik merujuk kepada pendekatan pengajaran yang menyesuaikan kandungan, proses dan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid melalui pergerakan fizikal, aktiviti hands-on dan pengalaman langsung. Pendekatan ini amat penting dalam konteks murid pemulihan kerana mereka memerlukan sokongan pembelajaran yang lebih fleksibel, interaktif dan menyeronokkan bagi menguasai kemahiran asas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pedagogi terbeza. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes melibatkan enam orang guru pemulihan dari enam buah sekolah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa guru melaksanakan pelbagai strategi kinestetik seperti permainan, lakonan dan penggunaan bahan konkrit bagi menyokong penglibatan serta kefahaman murid pemulihan. Walau bagaimanapun, kajian turut mengenal pasti beberapa cabaran utama pelaksanaan, iaitu kekangan masa dan beban tugas guru, kekurangan sumber bahan bantu mengajar dan peruntukan kewangan, keterbatasan ruang bilik pemulihan, serta cabaran mengawal tingkah laku dan fokus murid semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menegaskan keperluan sokongan latihan, sumber, serta persekitaran yang kondusif bagi memperkukuh pelaksanaan pedagogi terbeza melalui kaedah kinestetik dalam pendidikan pemulihan.

Reference
  • No References Recorded