Trait Big Five dan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dalam kalangan pelajar pascasiswazah universiti awam: satu kajian empirikal
List of Authors
Nur Sharina Husna Esa , Ruslin Amir
Keyword
personaliti, trait personaliti, Big Five, gaya pembelajaran, Grasha-Riechmann
Abstract
Dewasa ini, pembelajaran sepanjang hayat dilihat mampu membangunkan potensi, membantu individu untuk menguasai ilmu, meningkatkan nilai murni dalam diri serta memperluas pengalaman hidup. Masalah mula timbul apabila terdapat peningkatan isu di mana pelajar pascasiswazah tidak berjaya untuk menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan serta memilih untuk menamatkan pengajian di pertengahan jalan. Antara faktor yang terlibat adalah personaliti serta gaya pembelajaran yang diamalkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti dan gaya pembelajaran yang memiliki peratusan tertinggi mengikut jantina dalam kalangan pelajar pascasiswazah Universiti Awam di sekitar Lembah Klang. Lima elemen personaliti diri ialah keterbukaan, kehemahan, ekstraversi, persetujuan dan neurotik manakala gaya pemebelajaran pula terdiri daripada gaya pembelajaran berdikari, mengelak, kolaborasi, bergantung, bersaing dan turut serta. Seterusnya, kajian juga ingin mengenal pasti hubungan antara personaliti dan gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar pascasiswazah tersebut. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif yang menggunakan kaedah kolerasi. Soal selidik digunakan untuk menguji 408 orang sampel yang melibatkan subskala Big Five Personality Trait dan Grasha-Riechmann Student Learning Style Scale. Jenis persampelan adalah persampelan rawak mudah. Hasil dapatan mendapati jenis personaliti yang memiliki peratusan tertinggi dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan adalah sama iaitu mereka cenderung berpersonaliti persetujuan. Gaya pembelajaran yang memiliki peratusan tertinggi bagi pelajar lelaki pula adalah berdikari dan kolaborasi manakala pelajar perempuan cenderung mengamalkan gaya pembelajaran kolaborasi. Dapatan terakhir adalah tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti persetujuan dan gaya pembelajaran berdikari berdasarkan nilai Sig - .002 (p > 0.001). Manakala untuk personaliti persetujuan dan gaya pembelajaran kolaborasi terdapat hubungan yang signifikan antara keduanya berdasarkan nilai Sig = .000 (p < 0.001). Kesimpulannya, meskipun pelajar lelaki cenderung memiliki personaliti yang suka menentang dan kurang sifat toleransi, namun kajian ini mendapati mereka memiliki jenis personaliti persetujuan yang tinggi. Begitu juga dengan pelajar perempuan yang sering dikaitkan dengan masalah emosi dan mempunyai tingkah laku yang sukar diramal, namun kajian menunjukkan sebaliknya.
Reference
1. Bowen, W. & Rudenstine, N. (1992). In Pursuit of the PhD. Princeton : Princeton University Press.
2. Carolyn B. (2004). Doctoral Student Attrition and Persistance : A Meta-Synthesis of Research Higher Education : Handbook of Theory and Research. IQuwerAcademic Publishers. pp. 481-534.
3. Chris P. (2005). New Variant PhD : The Changing Nature of the Doctorate in the UK. Journal of Higher Education Policy and Management. Vol. 27 (2) : 89-207.
4. Creswell J. (2012). Educational Research : Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (Fourth Edition). Boston, MA : Pearson Education, Inc.
5. Destiny O. (2017). Quantitative Research Methods : A Synopsis Approach. Arabian Journal of Business and Management Review (Kuwait Chapter). Vol. 6 (10). ISSN 2224-8358.
6. Heiss, A. M. (1970). Challenges to Graduate Schools : The Ph.D Program in Ten Universities. San Francissco : Jossey-Bass Publishers.
7. Kart & Hartnett. (1976). Scholars in The Making : The Development of Graduate and Professional Students. Cambridge, Mass : Ballinger Publishing Company.
8. Knowles, M., Holton, E., & Swanson, A. (1998). The Adult Learner : The Definitive Classic in Adult Education and Human Resource Development (Fifth Edition). Gulf Publishing Company.
9. Krejcie, R. & Morgan, D. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 1970 (30) : 607-610.
10. M. Arif. (2019). Personaliti, Stail Berfikir, Amalan Kreativiti dan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
11. Rezal Hamzah, Abdul Aziz, Zuraidah Mohd Zain & Jamaluddin Mohaiddin. (2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tenaga Akademik Yang Gagal Menamatkan Pengajian PhD. Dalam Tempoh Yang Ditetapkan. Journal of Human Development and Communication. Vol. 1. 2012 : 87-106.
12. Robert Feldman. (2009). Power Learning (Fourth Edition). McGraw-Hill Higher Education. ISBN-13 : 978-0-07-352243-2.
13. Samuel & Lawrence. (2015). The Relevance and Significance of Correlation in Social Science Research. International Journal of Sociology and Anthropology Reasearch. Vo1. 3 (1) : 22-28. ISSN 2059-1209. ISSN 2059-1217.
14. Sandra Bem. (1981). Gender Schema Theory : A Cognitive Account of Sex Typing. Psychological Review. Vol. 88 (4) : 354-364. American Psychological Association.
15. Sharina Husna. (2018). Tutorial Pembangunan Animasi Dua Dimensi dalam Model Putaran di Kolej Vokasional. Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
16. Ssegawa & Rwelamilia. (2009). The Research Skill Factor As A Cause For High Postgraduate Attrition Rate. Journal of Engineering Design and Technology.
17. Susan Weil & McGill. (1989). Making Sense of Experiential Learning : Diversity in Theory and Practice. Society for Research into Higher Education & Open University Press.
18. Yan Chua. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Buku 1. McGraw-Hill Education.