Kaedah Loci dalam Pengajaran Sejarah: Meningkatkan Penglibatan dan Literasi Sejarah Murid Menengah
List of Authors
  • Anuar Ahmad, Mohamad Nor Hasim

Keyword
  • Kaedah Loci, Pengajaran Sejarah, Penglibatan Murid, Literasi Sejarah, Mnemonik

Abstract
  • Pendidikan Sejarah di peringkat menengah di Malaysia menghadapi cabaran dalam menarik minat murid dan meningkatkan literasi sejarah. Ini disebabkan oleh kaedah pengajaran tradisional seperti hafalan dan syarahan yang membawa kepada pembelajaran pasif serta persepsi bahawa Sejarah tidak relevan. Kertas konsep ini bertujuan menghuraikan potensi dan manfaat Kaedah Loci (MoL) sebagai strategi pembelajaran inovatif dalam meningkatkan penglibatan dan prestasi akademik murid sekolah menengah dalam mata muridan Sejarah. Kaedah Loci, sebagai strategi mnemonik, memanfaatkan memori ruang dan visualisasi untuk meningkatkan daya ingatan, kecekapan neural, dan pengekalan maklumat jangka pendek serta jangka panjang secara signifikan. Kaedah ini menggalakkan penglibatan aktif, pemikiran kreatif, dan organisasi maklumat secara berstruktur, berbeza daripada kaedah hafalan pasif. Penggunaan teknologi seperti aplikasi telefon pintar, realiti terimbuh (AR), dan realiti maya (VR) dapat meningkatkan keberkesanan dan kebolehcapaian Kaedah Loci. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaedah Loci berpotensi meningkatkan markah peperiksaan Sejarah SPM, memupuk kemahiran kognitif aras tinggi, dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Kaedah Loci menghadapi cabaran seperti kekangan masa, kurikulum yang padat, dan kekurangan latihan serta sumber teknologi untuk guru. Justeru, pembangunan profesional berterusan untuk guru, reformasi kurikulum, dan penyediaan bahan bantu mengajar yang efisien adalah penting untuk menyokong penggunaan kaedah ini. Kerjasama antara guru, murid, pihak berkuasa pendidikan, ibu bapa, dan komuniti juga diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dalam jangka panjang. Secara keseluruhannya, Kaedah Loci berupaya memodenkan pedagogi Sejarah dan memperkukuh pemahaman murid secara bermakna.

Reference
  • No Data Recorded