Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti tahap perlaksanaan Lesson Study dengan tahap pengetahuan pedagogi dalam kalangan guru-guru bahasa Melayu di Sekolah Rendah Tamil Daerah Seremban. Seramai 30 orang guru telah dilibatkan dalam kajian.Kaedah kuantitatif digunakan dengan menggubakan soal selidik untuk mengumpul data. Analisis deskriptif telah dijalankan dalam kajian ini. Hasil daripada analisis yang dijalankan, mendapati perlaksanaan Lesson Study terletak pada tahap yang tinggi dengan nilai min keseluruhannya sebanyak 4.14 dengan sisihan piawai sebanyak 0.134. Ujian t sampel bebas telah dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pedagogi berdasarkan jantina guru.Sementara itu, nilai t = 1.217; df = 28 dan signifikan pada paras 0.029 dimana p > 0.05. Maka, dapat dirumuskan bahawa hipotesis nul kajian gagal ditolak dan dinyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pedagogi berdasarkan faktor jantina dalam guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daerah Seremban.Oleh itu, semua organisasi dan juga guru harus mengembleng tenaga dalam mengamalkan amalan Lesson Study (amalan kolaborasi) ini bagi memartabatkan profesion pendidikan negara kita.