Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan kandungan Instrumen Soal Selidik Kompetensi Sosioemosi dan Iklim Bilik Darjah dengan menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (CVI) dan Pekali Kappa Diubahsuai (k*). Lima orang pakar telah dipilih melalui pensampelan bertujuan untuk menilai dan mengesahkan kandungan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik ini mengandungi 9 konstruk dan 54 item. Hasil kajian mendapati tiga item perlu digugurkan kerana mencatatkan nilai CVI dan Pekali Kappa Diubahsuai yang rendah dan satu item perlu disemak semula kerana memperoleh nilai CVI dan Pekali Kappa Diubahsuai yang sederhana. Keseluruhannya, instrumen soal selidik tersebut menunjukkan kesahan kandungan yang tinggi dan sesuai untuk digunakan oleh murid Tahun 5 bagi menilai kompetensi sosioemosi dan iklim bilik darjah.