Hubungan Daya Tahan Pelajar Sekolah Rendah Pedalaman Dengan Pencapaian Akademik
List of Authors
  • Shahlan Surat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan daya tahan pelajar sekolah rendah di pedalaman dengan pencapaian akademik. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk mencari hubungan di antara daya tahan pelajar (pemboleh ubah tidak bersandar) dengan pencapaian akademik (pemboleh ubah bersandar). Responden terdiri daripada pelajar-pelajar pedalaman sekolah kebangsaan di daerah Baram, Sarawak. Sebanyak 60 sampel telah diperoleh untuk diuji dalam kajian ini. Soal selidik untuk menguji daya tahan pelajar adalah daripada The Resilience Scale.  Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.845. Perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) Versi 22.0 akan digunakan untuk menguji hipotesis yang dikaji. Kajian menunjukkan wujud hubungan signifikan yang sederhana r=0.529 diantara pemboleh ubah daya tahan pelajar dengan pencapaian akademik dengan nilai p = 0.035.


Reference
  • No Data Recorded