Boleh tolong saya? Meneroka sokongan sosial yang diperlukan oleh wanita bekerjaya bagi meningkatkan kesejahteraan emosi
List of Authors
  • Hawa Rahmat , Muhammad Izzat Ebrahim , Siti Marziah Zakaria

Keyword
  • Ibu bekerjaya, kesejahteraan emosi, konflik peranan, sokongan sosial

Abstract
  • Peranan wanita yang semakin bertambah memberi kesan kepada perkembangan kekeluargaan masa kini di Malaysia. Ini kerana, wanita hari ini perlu menjalankan peranan seperti lelaki iaitu mencari nafkah untuk menyara keluarga dalam masa yang sama sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami. Kajian ini bertujuan untuk meneroka sokongan yang diterima dan diperlukan oleh wanita bekerjaya di Selangor. Sebelas informan dari sekitar negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini melalui temu bual mendalam. Soalan temu bual telah dibina secara separa berstruktur. Informan kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data telah dianalisis berdasarkan analisis tematik. Hasil kajian mendapati informan memerlukan pelbagai bentuk sokongan iaitu daripada segi emosi, penjagaan anak, informasi, jaringan dan kewangan. Bentuk-bentuk sokongan ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan emosi mereka di tempat kerja juga di rumah. Namun, informan dilaporkan hanya menerima sebahagian sahaja sokongan sosial yang diperlukan seperti sokongan penjagaan anak dan jaringan sosial. Kebanyakan informan melaporkan kurang menerima sokongan kewangan daripada suami. Informan mengakui menghadapi tekanan dan kepenatan dalam mengurus rumah tangga dan kerjaya. Namun, ia boleh diringankan jika orang terdekat prihatin dan mengambil peduli. Hasil kajian boleh dijadikan sumber rujukan pihak yang berkaitan untuk membantu wanita bekerjaya meningkatkan kesejahteraan emosi dan mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Reference
  • 1. Ambreen Khursheed, Faisal Mustafa, Iqra Arshad, & Sharoon Gill. (2019). Work-Family Conflict among Married Female Professionals in Pakistan. Management Studies and Economic Systems, 4 (2): 123-130.
    2. Ayree, S. (1992). Antecedents and Outcomes of Work-Family Conflictamong Married Professional Women: Evidence from Singapore. Human Relations, 45: 813-837.
    3. Brough, P. & Pears, J. (2004). Evaluating the Influence of the Type of Social Support on Job Satisfaction and Work Related Psychological Well -being. International Journal of Organisational Behavior, 8(2): 472-485.
    4. Barling, J. & Rosenbaum, A. (1986). Work stressors and wife abuse. Journal of Applied Psychology, 71(2): 346-348.
    5. Carlson, D. & Perrewe, P. (1999). The Role of Social Support in the Stressor-Strain Relationship: An Examination of Work-Family Conflict. Journal of Management, 25(4): 513-540.
    6. Leavy, R.L. (1983). Social Support and Psychological Disorder, Journal of Community Psychology, 11: 3-21.
    7. Marcinkus, W.C., Whelan-Berry, K.S., & Gordon, J.R. (2007). The Relationship of Social Support to the Work -Family Balance and Work Outcomes of Midlife Women. Women Manage. Rev., 22(2): 86-111.
    8. Muhammad Imran Malik, Muhammad Iqbal Saif, Solomon Fernando Gomez, Noor Khan and Saddam Hussain. (2010). Balancing work and family through social support among working women in Pakistan. African Journal of Business Management, 4(13): 2864- 2870.
    9. Noor Rahamah Abu Bakar. (2012). Wanita bekerja dan pengurusan keluarga. Malaysia Journal of Society and Space, 8 (7): 155-162.
    10. Naimah Hamzah. (2015). Aplikasi Amalan Fiqh Sains Rumah Tangga Dan Kerjaya Dalam Kalangan Akademi Wanita Cemerlang. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.
    11. Nabilah Abdullah & Wan Zulkifli Wan Hassan. (2010). Nafkah isteri bekerja: Satu tinjauan di daerah Pasir Mas, Kelantan, Jurnal Fiqh, 7: 83-106.
    12. Nur Saadah Muhammad Aun & Rusyda Helma. (2016). Informal caregiving: Empowering social support programs by employers. Akademika, 86 (1), 3-9.
    13. Rivera-Torres, P., Araque-Padilla, R.A., Montero-Simó, M.J. (2013). Job Stress across Gender: The Importance of Emotional and Intellectual Demands and Sosial Support in Women. International Journal of Environmental Research and Public Health, 10 (1): 375-389.
    14. Syarifah Farradinna & Fatimah Wati Halim. (2016). The consequences of work-family conflict, burnout, and organizational commitment among women in Indonesia. Procedia, 219: 241-247.
    15. Siti Marziah, Z., Abdul Rahman, A. B., Nor Ba’yah, A. K. & Salina, N. (2018). Pengukuran dan Peramal Perkahwinan Berkualiti: Satu Sorotan. Journal of Education and Social Sciences 9 (1), 59- 64.
    16. Siti Marziah Zakaria, Ruzaini Ijon, Wan Yusoff Wan Shaharuddin, & See Soo Yin. (2019). Hubungan antara Kepuasan Kerjaya, Perapatan dan Sokongan Sosial ke atas Kepuasan Hidup Wanita Berkerjaya Pertengahan Usia di Kuala Lumpur. INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 2 (1): 1-13.
    17. Woosang Hwang. (2018). The Effects of Family-Friendly Policies and Workplace Social Support on Parenting Stress in Employed Mothers Working Nonstandard Hours, Journal of Social Service Research, 45,5, 659-672 .