Pembangunan aplikasi mobil pengajaran dan pembelajaran: measurement fun and easy
List of Authors
  • Norhazlinda Idris , Sa’adiah Mohamad

Keyword
  • Peralatan pengukuran asas elektrik, Aplikasi android, Teknologi Web 2.0

Abstract
  • Perkembangan teknologi telefon pintar seharusnya dimanfaatkan bukan sahaja utuk tujuan capaian internet dan komunikasi, bahkan juga dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kajian ini bertujuan membangunkan alat bahan bantu mengajar berbentuk aplikasi mobil bagi membantu pelajar dalam bidang Kejuruteraan Elektrik mengendalikan peralatan pengukuran asas iaitu Oscilloscopes, Function Generator dan Multimeter serta pemasangan litar siri dan selari. Proses pembangunan aplikasi ini diadaptasi dari Model reka bentuk pengajaran ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Proses mengarang dan membangunkan kandungan aplikasi ini adalah berbantukan teknologi web 2.0 iaitu Padlet, Quizizz serta laman penyimpanan video Youtube. Aplikasi ini dipakejkan dalam bentuk aplikasi android menggunakan perisian MIT Apps Inventor agar dapat diguna pakai melalui peranti mudah alih. Antara faktor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar belum mencapai tahap kompetensi bagi mengendalikan peralatan pengukuran ialah kerana perlaksanaan sesi amali adalah secara berkumpulan serta kesukaran pensyarah melaksanakan sesi demonstrasi pengendalian peralatan. Justeru, aplikasi ini direkabentuk sebagai alat bahan bantu mengajar, bagi membolehkan pelajar menonton video demontrasi pengendalian peralatan pengukuran dan mencapai nota interaktif berkaitan. Pelajar juga boleh berkomunikasi secara dua hala dengan pensyarah sebelum atau selepas sesi pembelajaran di atas satu platform pembelajaran padlet serta membuat penilaian kendiri melalui kuiz atas talian melalui aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam peranti mudah alih masing-masing. Kajian ini membincangkan enam fasa rekabentuk dan pembangunan kandungan aplikasi ini. Fasa terakhir iaitu fasa penilaian menunjukkan persepsi pelajar terhadap manfaat kandungan aplikasi ini adalah amat baik dengan nilai purata skor min bagi aspek manfaat kepada pelajar berada pada interpretasi tinggi iaitu 4.46.

Reference
  • 1. Bishop, J., & Verleger, M. (2013). Testing the flipped classroom with modeleliciting activities and video lectures in a mid-level undergraduate Engineering course. In Frontiers in Education Conference, 2013 IEEE (pp. 13–15).

    2. Dewitt, D., Alias, N., & Siraj, S. (2015, 27-29 May 2015). Collaborative Learning: Interactive Debates Using Padlet in A Higher Education Institution. Paper presented at the In: International Educational Technology Conference (IETC 2015), Istanbul, Turkey.

    3. Khalaf, S. (2014). Apps Solidify Leadership Six Years into the Mobile Revolution. Flurry Insights. Retrieved from: flurrymobile.tumblr.com/post/115191864580/appssolidifyleadership-six- years-into-the-mobile#.VS5-snHD8yt

    4. Krivickas,R. & Krivikas, J. (2007). Laboratory instruction in Engineering Education. Global Journal of Engineering Education, 11, 191-196.

    5. Manan, FA. Embi, MA. & Mahamod, Z. (2010) Kerangka pembangunan dan penilaian modul belajar cara belajar Bahasa Melayu pelajar asing Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2). pp. 64-76.

    6. Md Sahir, A., & Mohd Ayub, A. F. (2015). Keberkesanan Penggunaan Video dalam Amali Masakan. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-8.

    7. Muslimin, M. S., Nordin, N. M., Mansor, A. Z., & Awang, P. (2017). Reka Bentuk Dan Pembangunan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bagi Keperluan Modul Mikroekonomi. Seminar Pendidikan Transdisiplin, 742–751.

    8. Priyono, M., Sulistyanto, T., Nugraha, D. A., Sari, N., Karima, N., & Asrori, W. (2015). Implementasi IoT ( Internet of Things ) dalam pembelajaran di Universitas Kanjuruhan Malang. 1(1), 20–23.

    9. Safie, N. B. I. E. H. B. M. R. B. (2017). Persepsi Pelajar Terhadap Pembangunan Aplikasi Mobile Menggunakan Perisian Basic 4Android. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi Dan Sains Sosial, 1(1), 200–210. http://www.puo.edu.my/portal/wp-content/uploads/JKTSS-1-2017-1-208-218.pdf

    10. Salim, K. R., Puteh, M., & Daud, S. M. (2012). Assessing Students’ Practical Skills in Basic Electronic Laboratory based on Psychomotor Domain Model. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 56, 546–555. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.09.687

    11. Sidek, S., & Hashim, M. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar : Analisis dan Kajian Kritikal Analysis and Critical Review. 3, 24–33.

    12. Sulakah, S. M. (2017). Aplikasi Padlet dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera(Komsas). (Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)), UniversitiTun Hussein Onn Malaysia.