Kepentingan Tajuk Perancangan Harta dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam di Malaysia
List of Authors
  • Nurhayati Abdul Ghani

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perancangan harta merupakan satu topik penting yang perlu difahami oleh pasangan dalam rumah tangga. Tanpa perancangan harta yang baik, sesebuah keluarga akan berada dalam keadaan yang sukar jika keluarga ditimpa musibah seperti perceraian, kemalangan dan kematian. Banyak kes-kes yang berlaku melibatkan perebutan harta berpunca daripada kegagalan merancang harta dengan baik. Di Malaysia kursus praperkahwinan adalah satu keperluan dalam permohonan orang Islam untuk berkahwin. Kursus ini menggunakan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) yang diterbitkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan disemak setiap 5 tahun.  Oleh itu, kajian ini dibuat untuk menunjukkan kepentingan tajuk perancangan harta untuk dimasukkan ke dalam MBKPI bagi memberi pendedahan perancangan harta kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Kajian ini berbentuk kualitatif, menggunakan kaedah analisis dokumen MBKPI dan temubual tidak berstruktur kepada pihak penggubal modul iaitu JAKIM dan pihak pelaksana modul iaitu penceramah kursus praperkahwinan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Hasil kajian mendapati MBKPI sedia ada hanya membincangkan tajuk perancangan kewangan sahaja dan tiada pendedahan berkenaan perancangan harta. Statistik menunjukkan jumlah perceraian semakin meningkat terutama dalam kalangan pasangan muda (umur perkahwinan di bawah 5 tahun) menunjukkan adanya keperluan untuk tajuk perancangan harta dimasukkan dalam semakan MBKPI akan datang.


Reference
  • No Data Recorded