Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Di Sekolah Rendah Daerah Selangau, Sarawak
List of Authors
  • Mohd Sabri Ahmad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Guru Pendidikan Islam sebagai model yang berperanan penting dalam pembentukan rohani, akhlak dan nilai murid di sekolah. Oleh yang demikian, pelbagai usaha ke arah pemantapan pemeliharaan amalan Guru Pendidikan Islam telah dilaksanakan di dalam bilik darjah (kurikulum) dan kegiatan ko-kurikulum Pendidikan Islam. Antara aspek penting yang diberi penekanan adalah memperkasakan Pendidikan Islam dengan mensasarkan 100% pencapaian penguasaan murid dalam bidang jawi. Antara program yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut ialah Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Justeru, kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau situasi sebenar program Kem Cemerlang Jawi (KCJ) selepas pelaksanaannya. Kajian ini melibatkan 13 orang guru Pendidikan Islam dari 13 buah sekolah di daerah Selangau, Sarawak. Kajian ini menggunakan soal selidik dengan 5 skala Likert sebagai instrumen pengumpulan data. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS 26.0). Dapatan kajian analisis deskriptif mendapati kedua-dua min, iaitu kesediaan (1.80) dan persepsi (1.60) guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan program KCJ.


Reference
  • No Data Recorded