Amalan Gaya Komunikasi Pengetua Dan Hubungannya Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Daerah Kinabatangan Sabah
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Mohd Nazri Mat Yasin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan meninjau tahap amalan komunikasi pengetua dan kepuasan kerja guru-guru sekolah menengah daerah Kinabatangan, Sabah. Elemen-elemen komunikasi yang diamalkan oleh pengetua iaitu penerangan kerja, maklum balas, penglibatan dan arahan kerja diukur menggunakan soal selidik Supervisory Communication Scale (SCS). Manakala kepuasan kerja guru diukur menggunakan Indeks Kepuasan Kerja Brayfield dan Rothe. Sebanyak 4 buah sekolah menengah di daerah Kinabatangan, Sabah dengan 100 orang guru terlatih sebagai responden terlibat dalam kajian ini. Persampelan adalah secara rawak berstrata. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan soal selidik. Analisis data secara statistik deskriptif dan inferensi digunakan dalam kajian ini. Pengujian hipotesis adalah dengan menggunakan Korelasi Pearson-r, ANOVA Sehala dan Ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan dua daripada empat elemen komunikasi yang kerap diamalkan oleh pengetua ialah penglibatan dan arahan kerja. Secara keseluruhannya, kepuasan kerja guru sekolah menengah adalah di tahap yang sederhana dan terdapat hubungan yang positif antara elemen-elemen komunikasi yang diamalkan oleh pengetua dengan kepuasan kerja guru. Justeru itu, pengetua perlulah mengambil tindakan wajar dan memberi perhatian yang serius terhadap amalan komunikasi yang menyumbang kepada kepuasan bekerja guru.

     

    Kata kunci : kepimpinan, gaya komunikasi, kepuasan kerja


Reference
  • No Data Recorded