Penggunaan Teknik Penceritaan Dalam Meningkatkan Keminatan Kanak-kanak Untuk Pengambilan Sayur-sayuran
List of Authors
  • Chong Hoi Ping, Muhammad Syawal Amran

Keyword
  • Penceritaan, Kanak-Kanak

Abstract
  • Kanak-kanak pada masa kini menghadapi masalah kesihatan terutamanya obesiti disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang. Antara salah satu faktornya ialah kekurangan minat untuk pengambilan sayur-sayuran. Oleh itu, tujuan kertas konsep ini adalah untuk membangunkan bahan cerita dalam bentuk modul kanak-kanak dan melalui teknik penceritaan dengan matlamat untuk meningkatkan kefahaman dan keniatan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan kanak-kanak kelas Tahun 1. Cerita-cerita yang dibangunkan ini sesuai dijadikan bahan bercerita dengan usaha mengaplikasikan kurikulum yang mencerminkan kepelbagaian budaya kepada kanak-kanak. Sebagai alat pembelajaran, teknik penceritaan dapat menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka, mengembangkan imaginasi, dan membantu mereka memahami konsep abstrak dengan lebih mudah. Kerangka model yang digunakan dalam pembangunan modul ini adalah berpandukan kepada struktur Freytag’s Pyramid adalah penting kerana ia memastikan cerita yang dibina mempunyai alur yang menarik dan mudah diikuti oleh kanak-kanak. Antara elemen-eleman yang dimaksudkan adalah seperti exposition, rising action, klimaks, falling action dan denouement. Dengan pendekatan ini, ia diharapkan bahawa kanak-kanak akan lebih tertarik untuk makan sayur-sayuran dan memahami kebaikannya.

Reference
  • No Data Recorded