Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta
List of Authors
  • Avralinetine Epin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis fakta dalam kalangan murid tahun enam menggunakan Modul Celik Karangan (MCK). MCK ialah modul yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), peta pemikiran (i-Think) dan bahan bantu belajar (BBB) yang dicipta sendiri oleh pengkaji, iaitu Kit IDEA (Idea, Description, Example, Assertion). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan MCK dalam meningkatkan kemahiran dan minat murid tahun enam dalam penulisan karangan jenis fakta. Kajian tindakan ini dijalankan dengan satu kitaran berdasarkan Model Kurt Lewin (1948). Empat orang murid daripada sebuah sekolah rendah di daerah Pitas, Sabah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpul menggunakan analisis dokumen, pemerhatian berstruktur dan temu bual. Data dianalisis secara kualitatif  dan kuantitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan MCK berupaya meningkatkan kemahiran dan minat murid tahun enam dalam penulisan karangan fakta. Peningkatan markah murid dalam latihan dan ujian serta respon yang positif dalam temu bual membuktikan penggunaan MCK mampu meningkatkan kemahiran dan minat murid dalam karangan fakta.  Kesimpulannya, MCK sesuai digunakan sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya bagi penulisan karangan.


Reference
  • No Data Recorded