Sorotan literatur bersistematik terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik
List of Authors
  • Sebestian Kalang William , Siti Mistima Maat

Keyword
  • pengetahuan pedagogi isi kandungan, PPIK, matematik, guru, literatur bersistematik

Abstract
  • Kajian pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru matematik semakin giat dijalankan di peringkat antarabangsa. Keperluan untuk melihat kepada skop umum kajian dapat membantu menjimatkan masa dan memberi idea kepada pengkaji masa depan dalam pemilihan skop yang ingin dijalankan terhadap kajian PPIK guru matematik sebagai usaha untuk mengurangkan jurang kajian. Berpandukan kepada dua persoalan kajian yang menumpukan kepada metodologi dan skop kajian empirikal lepas, kajian ini telah menjalankan sorotan literatur bersistematik sepanjang tempoh 2017 sehingga Mac 2020. Penyaringan artikel menemukan sebanyak 25 artikel dan 10 artikel masing – masing melalui pangkalan data Scopus dan Microsoft Academic berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian ini. Hasil kajian mendapati majoriti kajian lepas telah menjalankan pendekatan kualitatif terutama yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Di samping itu, kebanyakan kajian telah melibatkan guru pra-perkhidmatan serta kurang tumpuan terhadap guru sekolah rendah dan pra-sekolah. Topik khusus dalam matematik telah menjadi tumpuan yang dominan dalam kajian PPIK seperti topik nombor dan geometri. Peningkatan kajian PPIK guru matematik menunjukkan PPIK guru matematik semakin diberi perhatian dalam usaha untuk memberi kesedaran terhadap kualiti guru matematik masa kini. Hasil kajian ini sebagai rujukan untuk kajian yang ingin dilakukan dengan memberi tumpuan terhadap faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik, kepercayaan, persepsi dan kerisauan.

Reference
  • 1. Chee, J., Nor, M. M., Othman, A. J., & Rahman, M. N. A. (2018). Isu Pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi dalam kalangan guru prasekolah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(1), 7-21.

    2. Cueto, S., León, J., Sorto, M. A., & Miranda, A. (2017). Teachers’ pedagogical content knowledge and mathematics achievement of students in Peru. Educational Studies in Mathematics, 94(3), 329-345.

    3. Higgins JPT, Thomas J, Chandler J, Cumpston M, Li T, Page MJ, Welch VA (editors). (2019). Cochrane Handbook for Systematic Reviews of Interventions version 6.0 (updated July 2019). Cochrane. Available from www.training.cochrane.org/handbook.

    4. Hulland, J., & Houston, M. B. (2020). Why systematic review papers and meta-analyses matter: an introduction to the special issue on generalizations in marketing.

    5. Ishak, S., Abdullah, M.Y., & Ishak, F. H. (2019). Pengaruh Penguasaan Pengetahuan, Pedagogi Dan Isi Kandungan Guru Terhadap Kemerosotan Skor Matematik Timss Di Melaka. Jurnal Kesidang, 4(1), 23-37.

    6. Maxwell, J. A. (2017). Evidence: A Critical Realist Perspective for Qualitative Research: A Critical Realist Perspective for Qualitative Research Joseph A. Maxwell. In Qualitative Inquiry and Social Justice (pp. 108-122). Routledge.

    7. McKim, C. A. (2017). The value of mixed methods research: A mixed methods study. Journal of Mixed Methods Research, 11(2), 202-222.

    8. Naseer, M. S. (2018). Impact of Professional Development Training Curriculum on Practicing Algebra Teachers. International Journal on Emerging Mathematics Education, 2(2), 187-202.

    9. Okolo, C., Schabram, K. (2010). "A Guide to Conducting a Systematic Literature Review of Information Systems Research," Sprouts: Working Papers on Information Systems, 10(26). http://sprouts.aisnet.org/10-26

    10. Ozdemir, B. G., Sahin, O., Basibuyuk, K., Erdem, E., & Soylu, Y. (2017). Development of Pedagogical Content Knowledge of Classroom Teachers on the Numbers in Terms of Two Components. International Journal of Research in Education and Science, 3(2), 409-423.

    11. Patric, N., & Rosli, R. (2020). Pengetahuan Pedagogi Dan Isi Kandungan Guru Opsyen Matematik Dalam Pengajaran Topik Pecahan. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 92-101.

    12. Rahman, M. N. A., Zamri, S. N. A. S., & Eu, L. K. (2018). Kajian Meta-Analisis Pengetahuan Guru Matematik Malaysia. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(2), 11-22.

    13. Rowley, J. (2002). Using case studies in research. Management research news.

    14. Shulman, L. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1–23. doi:10.17763/haer.57.1.j463w79r56455411

    15. Şimşek, N., & Boz, N. (2016). Analysis of pedagogical content knowledge studies in the context of mathematics education in Turkey: A meta-synthesis study. Educational Sciences: Theory & Practice, 16(3).

    16. Zainal, T. Z. T., Mustapha, R., & Habib, A. R. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah (Pedagogical Content Knowledge of Mathematic Teachers on Fraction: A Case Study at Primary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 34(1), 131-153.