Hubungan Antara Kecergasan, Aktiviti Fizikal, Dan Kesihatan Murid Felda Di Lahad Datu Sabah
List of Authors
  • Erwan Ismail

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Aktiviti fizikal, kecergasan dan kesihatan merupakan perkara yang perlu di ambil berat dalam kehidupan seharian. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti adakah terdapat hubungan yang singnifikan antara aktiviti fizikal, kecergasan dan kesihatan murid Felda di Lahad Datu Sabah. Seramai 365 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan dari dua buah sekolah menengah di Felda lahad datu Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan iaitu kajian rentas-silang (cross sectional). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah Personal Lifestyle Questionnaire (PLQ), Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ), dan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) serta ujian komposisi badan. Nila kebolehpercayaan instrument ialah α = 0.85 manakala data di analisis menggunakan SPSS (statistical package for social science). Secara keseluruhanya terdapat hubungan yang singfikan di antara aktiviti fizikal, kecergasan, kecergasan, dan kesihatan dalam kalangan murid felda di Lahad Datu.


Reference
  • No Data Recorded