Sejarah Melayu-Islam dalam Teks Orientalis: Pandangan Munshi Abdullah dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas
List of Authors
  • Miftachul Huda, Mohd Noor Daud, Siti Kausar Zakaria

Keyword
  • Orientalisme, Sejarah Melayu-Islam, Epistemologi Islam, Eurosentrisme

Abstract
  • Artikel kajian ini membuat perbandingan secara kritis analisis sejarah Melayu- Islam dalam teks orientalis Barat oleh intelektualis Melayu-Islam terkemuka iaitu Munshi Abdullah dan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Naratif tokoh orientalis utama oleh R.O. Winstedt, Tom Pires, John Leyden, W.G. Shellabear, Anthony Reid dan William Marsden dalam penulisan mereka tentang Sejarah Melayu Islam telah dianalisis oleh kedua-dua intelektualis ini sekitar abad ke-19 sehingga abad ke-21. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti tema berulang iaitu Eurosentrisme, berat sebelah epistemologi, dan peminggiran peranan rohani dan tamadun Islam di dunia Melayu terutamanya di Melaka. Pendekatan kualitatif berasaskan analisis wacana, hermeneutik, dan epistemologi perbandingan digunakan bagi membezakan naratif orientalis ini dengan realisme reformis Munshi Abdullah dan kritikan falsafah Islam Al-Attas. Kajian mendapati walaupun Munshi Abdullah secara selektif menerima pengetahuan Barat untuk pembaharuan sosial, al-Attas dengan tegas menolak paradigma sekular dan reduksionis pensejarahan Barat, sebaliknya menyokong pembinaan semula sejarah Melayu secara Islam yang berteraskan Tawḥid dan Adab. Kajian ini mengetengahkan keperluan untuk mendekolonisasi naratif sejarah dan merangka semula pemahaman tamadun Melayu-Islam melalui pandangan alam Islam pribumi. Ini menyokong Matlamat Pembangunan Lestari, iaitu SDG 4 bagi mengukuhkan pendidikan yang berpaksikan identiti dan nilai budaya tempatan.

Reference
  • No References Recorded