Tahap Pengetahuan Pendekatan Terbeza dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu
List of Authors
  • Shaamala Nadarajah, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan pendekatan terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 48 orang guru yang mengajar bahasa Melayu di lapan buah sekolah rendah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) iaitu analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus dan min untuk item-item   yang   berkaitan   dengan   tahap pengetahuan pendekatan terbeza. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan terbeza amat baik. Dari aspek pengetahuan guru, analisis menunjukkan guru mengetahui bahawa setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza dan guru mengadaptasi serta melaksanakan sesi pembelajaran berdasarkan kebolehan, minat, kemahiran dan keperluan murid.


Reference
  • No Data Recorded