Kajian yang berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana amalan pengetahuan pedagogi kandungan guru pendidikan prasekolah Tabika dalam tunjang perkembangan fizikal. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 84 orang guru-guru jenis prasekolah Tabika KEMAS di sekitar Negeri Melaka. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang diedarkan secara google form. Data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Secara keseluruhannya, hasil tinjauan menunjukkan bahawa amalan pengetahuan pedagogi bagi guru pendidikan prasekolah Tabika KEMAS di sekitar Melaka berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.75). Ini menunjukkan bahawa para guru jenis prasekolah Tabika KEMAS di Melaka yang mempunyai inovatif, daya kreativiti serta kompeten yang agak baik serta dalam mengendalikan pengajaran kemahiran perkembangan fizikal yang komprehensif. Namun begitu masih terdapat beberapa item pernyataan seperti strategi pengajaran berasaskan permainan, penilaian berasaskan kriteria dan menggalakkan murid melakukan kemahiran melalui permainan yang mencabar menunjukkan nilai min pada tahap kurang memuaskan (min=3.5). Kajian ini turut meninjau perbezaan berdasarkan beberapa faktor taburan demografi. Dapatan menunjukkan kebanyakan responden kajian merupakan guru perempuan (95.2%), berbangsa melayu (96.5%) dan kebanyakan berumur 26-35 tahun (34.6%). Dapatan turut menujukkan kelayakan akademik terbanyak (diploma 79.1%), mempunyai pengalaman mengajar 11-15 tahun (26.7%) serta mengamalkan gaya hidup sederhana aktif (66.3%). Secara keseluruhan, kajian menunjukkan bahawa keupayaan amalan pengetahuan pedagogi penting dalam membantu guru pendidikan prasekolah Tabika KEMAS merancang, mengurus dan mengelolakan tunjang perkembangan fzikal dengan lebih efeksyen.