Peranan visual Instagram dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat
List of Authors
  • Normah Mustaffa , Shahrul Nazmi Sannusi , Sharul Azim Sharudin

Keyword
  • Visual, Instagram, kesedaran kesihatan, ilustrasi, infografik

Abstract
  • Instagram merupakan platform media sosial yang digunakan untuk berkomunikasi dengan mudah dan berkesan bagi menyampaikan mesej berbentuk visual. Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, penggunaan visual berubah mengikut perkembangannya. Informasi yang disampaikan bergantung kepada penggunaan visual yang digunakan oleh penyampainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia yang banyak melakukan pelbagai usaha bagi memastikan masyarakat Malaysia sedar akan kepentingan kesihatan dan seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak KKM bagi memberi penerangan kesihatan adalah dengan berkongsi maklumat kesihatan di akaun rasmi Instagram KKM menerusi posting visual berbentuk informasi kesihatan. Antara visual yang digunakan adalah ilustrasi, fotografi dan juga infografik. Pendekatan kajian adalah dengan menggunakan analisis kandungan bagi melihat tiga jenis visual ilustrasi, fotografi dan infografik yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam akaun rasmi Instagramnya. Penilaian dilakukan oleh dua orang pakar daripada industri yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Penilaian jenis visual yang digunakan dalam posting Instagram KKM adalah dari tahun 2015 hingga tahun 2018. Dapatan kajian mendapati penggunaan visual yang sering digunakan oleh KKM bagi tujuan kesedaran kesihatan adalah visual infografik dan ia menunjukkan peningkatan penggunaannya pada setiap tahun berbanding dengan visual ilustrasi dan fotografi.

Reference
  • 1. Baharuddin Aris., Rio Sumarni Shariffudin. & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk perisian multimedia. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
    2. Baker, S. (1961). Visual persuasion. New York Toronto London: McGraw-Hill.
    3. Boles, M., Adams, A., Gredler, A. & Manhas, S. 2014. Ability of a mass media campaign to influence knowledge, attitudes, and behaviors about sugary drinks and obesity. Preventive Medicine 67: S40–S45.
    4. Emma Mirza Wati Mohamad, Nur Afiqah Mohd Haniff, Sabariah Mohamed Salleh, Abdul Latiff Ahmad, H.H. (2015). Media dan literasi kesihatan: Pemilihan susu tumbesaran kanak-kanak dalam kalangan IBU. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 31(2).
    5. Febrianto Saptodewo. (2014). Desain infografis sebagai penyajian data menarik. Jurnal Desain 1(3): 163–218.
    6. Happer, C., Philo, G. & Philo, G. (2013). The Role of the Media in the Construction of Public Belief and Social Change. Journal of Social and Political Psychology 1(1): 321–336.
    7. Ju, L.C., Shahar, S., Yahya, H.M., Ching, T.S., Nor, N.S.M., Chuo, L.H., Mohd Fauzee Mohd Zaki, Dahlia Salehuddin & Mukhsan, N. (2010). Tahap Pengetahuan Pemakanan dan Kesedaran Kesihatan di Kalangan Pesakit Diabetes Mellitus di Klinik Kesihatan, Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Sains Malaysiana 39(3): 505–511.
    8. Kanapathy, G.A. (2017). Kemahiran visualisasi dalam mata pelajaran matematik dalam kalangan murid tahun 5 di sebuah SJKT daerag Kuala Muda Yan, Kedah. Proceedings of the ICECRS
    9. Langer, E.J., Blank, A. & Chanowitz, B. (1978). The Mindlessness of Ostensibly Thoughtful Action: The Role of “Placebic” Information in Interpersonal Interaction. Journal of Personality and Social Psychology 36(6): 635–642.
    10. Manimaran Krishnan & Samsudin A. Rahim. (2014). Hubungkait Komunikasi Kesihatan Dengan Kesan Hirarki Isu Kesihatan Terhadap Perubahan Amalan Gaya Hidup Sihat. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 30(1).
    11. Md. Nagib Padil & Mustaffa Halabi Azahari. (2013). Peranan Pemujukan Medium Fotografi Di Media Cetak Dan Media Online Bagi Penggunaan Aktiviti Kempen Pada Pilihan Raya Umum Malaysia. Journal Seni&Budaya (April): 308–317.
    12. Mohamad Hafafi Jamari, Nurzali Ismail, Jamilah Ahmad, D.S. (2017). Kempen Kesedaran Kesihatan Awam: Satu Tinjauan Literatur dari Sudut Penggunaan Media dan Komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication 33(3): 1–20.
    13. Mustaffa Halabi Azahari. (2011). Photography Its Significance Strands and Values in Education. UiTM Shah Alam, University Publication Centre 7–8.
    14. Newsom, D. & Haynes, J. (2013). Public Relations Writing: Form & Style (Wadsworth Series in Mass Communication and Journalism). Edisi ke-10. Cengage Learning.
    15. Norasikin Fabil & Zawawi Ismail. (2005). Visualisasi Maklumat dalam Pendidikan Masa Kini. Masalah Pendidikan, Universiti Malaya .
    16. Normah Mustaffa, Faridah Ibrahim, Mus Chairil Samani & Mohd Helmi Abdul Rahim, (2010). Persepsi khalayak terhadap kredibiliti media di Malaysia. Jurnal e-Bangi 5(2): 153–160.
    17. Rose, G. (2016). Visual Methodologies: An Introduction to Researching with Visual Materials. UK: University of Oxford.
    18. Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah. (2013). Kesan Komunikasi Visual Mesej Kesihatan Pada Kotak Rokok Ke Atas Perokok. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (June): 1490–1503.
    19. Salinatin Mohamad Saleha, Mustaffa Halabi Hj. Azaharib, A.I.I. (2013). Diabetic Healthcare Awareness in Malaysia: The Role of Poster as a Communication Medium. Procedia - Social and Behavioral Sciences 91: 539–544.
    20. Serenelli, F., Ruggeri, E., Mangiatordi, A. & Ferri, P. (2011). Applying the Multimedia Learning Theory in the Primary School: An Experimental Study About Learning Settings Using Digital Science Contents. Proceedings of the 10th European Conference on E-Learning, Vols 1 and 2.
    21. Siricharoen, W. V. (2013). Infographics: The New Communication Tools in Digital Age. The international conference on e-technologies and business on the web (ebw2013) 169–174.
    22. Stubbs, S.T. & Barksdale, K. (2003). Web design basics. Thomson Course Technology.
    23. Witte, K. & Allen, M. (2000). A Meta-Analysis of Fear Appeals: Implications for Effective Public Health Campaigns. Health Education & Behavior 27(5): 591–615.
    24. Zerfass, A. & Viertmann, C. (2017). Creating business value through corporate communication: A theory-based framework and its practical application. Journal of Communication Management.
    25. Zoller, H. & Health, M.D. (2008). Emerging agendas in health communication and the challenge of multiple perspectives. Emerging perspectives in health communication: Meaning, culture, and power. New York.
    26. Zubaidah Osman & Nor Azura Adzharuddin. (2015). Pengaruh visual dan verbal dalam iklan kempen terhadap emosi. Journal of Education and Social Sciences 2(October): 51–55.
    27. Zurina Yasak, Baharom Mohamad, Ahmad Esa & Shahrizal Shabuddin. (2009). Kaedah pengajaran berasaskan laman web terhadap pelajar diploma kejuruteraan elektrik mekatronik di politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009.