Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Sekolah Menengah di Daerah Serian Sarawak
List of Authors
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor, Nazuha Murad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Amalan kepimpinan transformasional pengetua berfungsi sebagai pengukur untuk menentukan keupayaan pengetua menguruskan sekolah. Amalan ini juga membantu meningkatkan profesionalisme guru untuk menyediakan pengajaran yang berkualiti tinggi.  Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kualiti pengajaran guru sekolah menengah di daerah Serian, Sarawak.  Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik yang dihantar secara atas talian. Seramai 140 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian daripada 220 orang responden. Perisian Statical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0 telah digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan inferensi. Kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasional pengetua adalah tinggi (min = 4.23, s.p = 0.51) dan tahap kualiti pengajaran guru adalah tinggi (min = 4.06, s.p = 0.42). Analisis korelasi adalah signifikan dan positif (r = 0.714, p<0.01) antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dan kualiti pengajaran guru. Implikasi kajian ini terhadap dasar dan latihan Kementerian Pendidikan Malaysia ialah KPM perlu merancang program latihan kepimpinan yang berkesan untuk pengetua dan guru sebelum ianya dilaksanakan. Dapatan kajian ini juga dapat memberikan panduan kepada pengetua dalam mempertimbangkan empat dimensi dalam kepimpinan transformasional agar kualiti pengajaran guru dapat dipertingkatkan. Dasar dan polisi dalam sistem pendidikan juga perlu dirancang dengan baik sebelum dilaksanakan. Dengan melibatkan sampel yang lebih besar, data yang lebih jelas dan menyeluruh, kaedah kuanitatif digunakan bagi cadangan kajian akan datang. Selain itu, kajian boleh dilakukan dengan memperluaskan lokasi kajian di daerah lain selain Serian, Sarawak.

     


Reference
  • No Data Recorded