Pola susunan maklumat teks ucapan Belanjawan Malaysia 2019
List of Authors
  • Mohd Azidan Abdul Jabar , Muhammad Faizul Abd Hamid

Keyword
  • Pola susunan maklumat, tema, rema, teks ucapan, Belanjawan 2019

Abstract
  • Bahasa secara umumnya dilihat sebagai syarat yang perlu ada dalam kehidupan manusia untuk menjayakan aktiviti sosial. Dari perspektif ucapan, bahasa digunakan untuk berbagai-bagai tujuan seperti melahirkan buah fikiran, berkomunikasi, menyebarkan ideologi dan mempengaruhi khalayak ramai. Ucapan yang berkesan lazimnya mempunyai gabungan maklumat yang teratur melalui pola susunan maklumat yang dikemali sebagai tema dan rema. Penggunaan tema dan rema membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan tidak tergantung. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis pola susunan maklumat dan menjelaskan fungsi penggunaanya dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Data teks ucapan telah dimuat turun oleh pengkaji melalui portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada 25 Mac 2019 – http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ucapan/ub19.pdf . Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran pergerakan tematik (thematic progression) yang diilhamkan oleh Danes (1974) telah dijadikan pegangan sepanjang proses penyelidikan dilakukan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat empat jenis pola susunan maklumat yang digunakan oleh pewacana iaitu, tematik linear (zig-zag), tematik tema kekal, tematik tema daripada hipertema dan tematik tema daripada perincian pecahan rema. Kolaborasi keempat-empat pola susunan maklumat menunjukkan bahawa pola-pola ini berperanan dalam mewujudkan makna teks ucapan belanjawan 2019 yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa. Hal ini demikian, pola susunan maklumat yang dijalinkan dapat dapat menstruktur satu aliran huraian maklumat yang logik dan sistematik oleh pewacana kepada khalayak.

Reference
  • 1. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
    2. Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kelima. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    4. Azlina Mohd Sera'ai, Idris Aman & Maserah Shabudin. (2017). Penguasaan Ciri Aliran Tematik Penulisan Bahasa Sepanyol Bukan Natif. GEMA Online Journal of Language Studies. Vol. 17(2), 84-104.
    5. Azlina Mohd Sera’ai & Maserah Shabudin. (2015). Ciri Aliran Tematik Karangan Ekpositori Bahasa Sepanyol Sebagai Bahasa Asing. Jurnal e-Bangi. Vol. 10(2), 41-56.
    6. Brown, G & Yule, G. (1983). Discourse Analysis. New York: Cambridge University Press.
    7. Carlsson, B. & Eliasson, G. (1994). The Nature and Importance of Economic Competence. Industrial and Corporate Change. Vol. 3(1), 687-711.
    8. Cook, G. (1989). Discourse. New York: Oxford Linguistic Press.
    9. Creswell, J. (2017). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. London: SAGE Publications.
    10. Crystal, D. (2007). How Language Works. England: Penguin Books.
    11. Danes, F. (1974). Functional Sentence Perspective and The Organization of The Text. Prague: Academia.
    12. Ebrahimi, S. F., & Ebrahimi, S.J. (2012). Information Development in EFL Students Composition Writing. Advances in Asian Social Science. Vol. 1(2), 212-217.
    13. Erteschik-Shir, N. (2007). Information Structure: The Syntax-Discourse Interface. New York: Oxford Linguistic Press.
    14. Fairclough, N. (2003). Analysing Discourse: Textual Analysis for Social Research. New York: Routledge.
    15. Ferry, L., Zakaria, Z. & Eckersley, P. (2014). The Role of Budget Speech: A Malaysian Government Study. International Journal of Public Sector Management. Vol. 27(7), 564- 580.
    16. Gao, L. (2012). Examining Argumentative Coherence in Essays by Undergraduate Students of English as a Foreign Language in Mainland China and Their English Speaking Peers in The United States. Tesis Doktor Falsafah yang Tidak Diterbitkan, Florida International University, United States.
    17. Google Ngram Viewer. (2019). Dikutip pada 18 Februari 2020 from https://books.google.com/ngrams.
    18. Halliday, M.A.K & Hasan, R. (2014). Cohesion in English. London: Longman.
    19. Halliday, M.A.K. & Matthiessen, C.M.I.M. (2014). Halliday’s Introduction To Functional Grammar. Fourth Edition. Oxford: Routledge.
    20. Halliday, M.A.K. (1985). An Introduction to Functional Grammar. London: Edward Arnold.
    21. Idris Aman. (2014). Analisis Wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    22. Idris Aman. (2012). Discourse in Social Life: From the World of Language to Real World Linguistics. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    23. Kementerian Kewangan Malaysia. (2018). Teks Ucapan Belanjawan 2019. Dimuat turun daripada http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/ub19.pdf.
    24. Lukin, A. (2015). The Construction of A ‘Narrative’ in Australian Federal Budget Speeches 1996- 2013. Australian Journal of Political Science. Vol. 50(2), 258-278.
    25. Medve, V. B., & Takac, V. P. (2013). The Influence of Cohesion and Coherence on Text Quality: A Cross-linguistic Study of Foreign Language Learners’ Written Production. In E. Piechurska-Kuciel & E. Szymanska-Czaplak (Ed.). Language in Cognition and Affect (pp. 111-131). Berlin, Heidelberg: Springer Berlin Heidelberg.
    26. Norfaizah A. Jobar & Anida Sarudin. (2014). Proses Tematik Dalam Pembinaan Karangan Karangan: Analisis Teori Linguistik Sistemik Fungsional. Kajian Linguistik. Vol. 1, 126- 140.
    27. Norfaizah Abdul Jobar, Anida Sarudin & Idris Mohd Radzi. (2014). Pola Tematik dan Implikasinya Dalam Pengajaran Penulisan Karangan. Jurnal Pendeta. Vol. 5, 25-41.
    28. Rajandran, K. (2019). Portraying Economic Competence in Malaysian Federal Budget Speeches. GEMA OnlineJournal of Language Studies. Vol. 19(1), 17-35.
    29. Samihah Khalil, Siti Alida John Abdullah & Subri Hasim. (2010). Pentadbiran Kewangan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
    30. Sato Hirobumi. (1997). Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah: Suatu Pandangan Dari Sudut Linguistik Struktural-Fungsian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    31. Steedman, M. (2000). Information Structure and The Syntax-Phonology Interface. Linguistic Inquiry. Vol. 34, 649-689.
    32. Thompson, N. (2015). New Liberalism, New Language? The Use of Collectivist Concepts in The Budget speeches of 1893-95 and 1906-14. Cogent Arts and Humanities. Vol. 2, 1-22.
    33. Thompson, G. (1996). Introducing Functional Grammar. London: Arnold Publishing.
    34. Van Dijk, T. (1997). What is Political Discourse Analysis?. Belgian Journal of Linguistics. Vol. 11, 11-52.