Aplikasi kerangka konseptual DPSIR USEPA bagi pencemaran udara bandar daripada kenderaan bermotor: kajian kes Kuala Lumpur, Malaysia
List of Authors
  • Mastura Mahmud , Siti Haslina Mohd Shafie

Keyword
  • Pencemaran udara bandar, kenderaan bermotor, kerangka konseptual Driver- Pressure-State-Impact-Response (DPSIR), persekitaran fizikal, Kuala Lumpur

Abstract
  • Pencemaran udara di Kuala Lumpur berpunca daripada kenderaan bermotor sehingga membahayakan kesihatan manusia dan kemerosotan kualiti udara. Pendekatan secara holistik dan komprehensif perlu diperkenalkan bertujuan bagi memahami dengan mendalam pengaruh, impak dan pengurusan dalam menangani isu tersebut. Kerangka konseptual Driver-Pressure-State-Impact-Response (DPSIR) oleh United State Environmental Protection Agency (USEPA) yang bersifat menyeluruh dan sistematik diaplikasi bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aspek persekitaran fizikal dan manusia dalam mempengaruhi pencemaran udara bandar. Rekod daripada Jabatan Alam Sekitar membuktikan bahawa kenderaan bermotor dikenalpasti sebagai sumber utama bahan pencemar yang dibebaskan daripada peningkatan jumlah kenderaan bernotor yang berdaftar di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mencatatkan jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar iaitu 4,963,646 unit pada 2011 dan pernah mengalami kualiti udara tidak sihat terutama zarah terampai (PM10) yang mencatatkan purata 24 jam yang melebihi Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia (RMAQG) iaitu sebanyak 150 μg/m3 pada tahun 2014 daripada pelbagai sumber tempatan dan jerebu rentas sempadan. Kemerosotan kualiti udara secara langsung mengakibatkan masalah pernafasan dan penyakit akut yang serius dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur. Aplikasi kerangka konseptual DPSIR sangat penting kepada pihak pembuat dasar dan keputusan dalam usaha pengawalan dan pengurangan impak negatif pencemaran trafik melalui pelaksanaan pelbagai langkah dan implementasi strategi untuk mewujudkan persekitaran mampan pada masa akan datang.

Reference
  • 1. Rahman, S. R., S. Ismail, S. N., F. Raml, M., Latif, M. T., Z. Abidin, E. & Praveena, S. M. (2015). The Assessment of Ambient Air Pollution Trend in Klang Valley, Malaysia. World Environment 5(1): 1–11
    2. Ahamad, F., Latif, M. T., Tang, R., Juneng, L., Dominick, D. & Juahir, H. (2014). Variation of surface ozone exceedance around Klang Valley, Malaysia. Atmospheric Research 139: 116–127 .
    3. Ahmad Jamhari, A., Sahani, M., Latif, M. T., Hock, S. T., Khan, M. F. & Mohd Tahir, N. (2014). Concentration and source identification of polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) in PM10 of urban, industrial and semi-urban areas in Malaysia. Atmospheric Environment 86: 16–27.
    4. Ahmad Shuhaili, A. F., Ihsan, S, I. & Faris, W.F. (2013). Air pollution study of vehicles emission in high volume traffic: Selangor, Malaysia as a case study. WSEAS Transactions on Systems 12: 67-84 .
    5. Ali, M., Manogaran, S., Yusof, K. M., Ramdhan, M., Suhaili, M. & Ali, M. (2018). Analysing Vehicular Congestion Scenario in Kuala Lumpur Using Open Traffic. Indonesian Journal of Electrical Engineering and Computer Science 10 (3): 875–882 .
    6. Århem, K. (2011). Environmental consequences of the palm oil industry in Malaysia.
    7. Awang, M., Jaafar, A. B., Abdullah, A. M., Ismail, M., Hassan, M. N., Abdullah, R., Johan, S., et al. (2000). Air quality in Malaysia: Impacts, management issues and future challenges. Respirology 5: 183–96.
    8. Boori, M. S., Netzband, M. & Choudhary, K. (2015). Urban growth in last three decades in Kuala Lumpur, Malaysia. 2015 Joint Urban Remote Sensing Event (JURSE), hlm. 1–5
    9. Boori, M.S. & Vozenilek, V. (2014). Assessing land cover change trajectories in Olomouc, Czech Republic. International Journal of Environmental, Ecology, Geological and Mining Engineering 8 (8): 540-546.
    10. Dominick, D., Juahir, H., Latif, M. T., Zain, S. M. & Aris, A. Z. (2012). Spatial assessment of air quality patterns in Malaysia using multivariate analysis. Atmospheric Environment 60: 172–181.
    11. EPU. (2018). Rancangan Malaysia ke-11. Jabatan Perancangan Ekonomi.
    12. Fujii, Y., Mahmud, M., Oda, M., Tohno, S., Matsumoto, J. & Mizohata, A. (2016). A key indicator of transboundary particulate matter pollution derived from Indonesian peatland fires in Malaysia. Aerosol and Air Quality Research. 16: 69-78.
    13. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Updated: 05/08/2011). https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme&menu_id=L0pheU43NWJw RWVSZklWdzQ4TlhUUT09&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09 (Diakses pada 3 September 2019)
    14. JAS. (2003). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2003. Jabatan Alam Sekitar
    15. JAS. (2004). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004. Jabatan Alam Sekitar
    16. JAS. (2005). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2005. Jabatan Alam Sekitar
    17. JAS. (2006). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2006. Jabatan Alam Sekitar
    18. JAS. (2007). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2007. Jabatan Alam Sekitar
    19. JAS. (2008). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2008. Jabatan Alam Sekitar
    20. JAS. (2009). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2009. Jabatan Alam Sekitar
    21. JAS. (2010). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2010. Jabatan Alam Sekitar.
    22. JAS. (2011). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2011. Jabatan Alam Sekitar.
    23. JAS. (2012). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2012. Jabatan Alam Sekitar.
    24. JAS. (2013). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2013. Jabatan Alam Sekitar.
    25. JAS. (2014). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2014. Jabatan Alam Sekitar.
    26. JAS. (2015). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2015. Jabatan Alam Sekitar
    27. JAS. (2016). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2016. Jabatan Alam Sekitar
    28. JAS. (2017). Laporan Kualiti Alam Sekitar 2017. Jabatan Alam Sekitar
    29. JPJ. (2010). Statisik Kenderaan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
    30. JPJ. (2011). Statisik Kenderaan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
    31. JPJ. (2017). Statisik Kenderaan. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
    32. KKM. (2012). Health Facts 2012. Kementerian Kesihatan Malaysia: Pusat Informatik Kesihatan.
    33. Latif, M. T., Azmi, S. Z., Noor, A. D. M., Ismail, A. S., Johny, Z., Idrus, S., Mohamed, A. F., et al. (2011). The impact of urban growth on regional air quality surrounding the Langat River Basin, Malaysia. Environmentalist 31: 315–324
    34. Ling, H. L. O., Ting, K. H., Shaharuddin, A., Kadaruddin, A. & Yaakob, M. J. (2010). Air quality and human health in urban settlement: Case study of Kuala Lumpur city. 2010 International Conference on Science and Social Research (CSSR 2010): 510–515.
    35. Ling, O.H.L. (2012). Air quality and human health in urban settlement: Case study of Kuala Lumpur City. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    36. Mabahwi, N. A. B., Leh, O. L. H. & Omar, D. (2014). Human health and wellbeing: Human health effect of air pollution. Procedia - Social and Behavioral Sciences 153: 221–229 .
    37. Mohd Shafie, S. H. & Mahmud, M., (2017). Public perception on traffic pollution in Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia. Planning Malaysia. 15 (4): 105-114.
    38. Ong, H. C., Mahlia, T. M. I & Masjuki, H. H. (2011). A review on emissions and mitigation strategies for road transport in Malaysia. Renewable and Sustainable Energy Review 15: 3516-3522
    39. Sarmin, N. S., Hasmadi, I. M., Pakhriazad, H. Z. & Khairil, W. A. (2016). Environmental Nanotechnology, Monitoring & Management The DPSIR framework for causes analysis of mangrove deforestation in Johor, Malaysia. Environmental Nanotechnology, Monitoring & Management 6: 214–218.
    40. Sazrina, I., Fauziah, S. & Saleh, R. (2010). DPSIR Framework towards Sustainability of Mineral Water Abstraction Governance in Malaysia. Phuket International Conference by SCIE (5): 47–57.
    41. Shafie, F. A., Omar, D. & Karuppanan, S. (2018). Environmental Risk Evaluation of a Sanitary Landfill using Life Cycle Analysis Approach. Asian Journal of Environment- Behaviour Studies 3(8): 89-95. Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud. (2015). Pencemaran habuk di Lembah Klang menggunakan analisis Boxplot. Geografia: Malaysia Journal of Society and Space 11: 144-155 .
    42. Siti Haslina Mohd Shafie & Mastura Mahmud. (2015b). Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS). Geografia: Malaysia Journal of Society and Space 11: 61-73 .
    43. STM. (2017). Malaysia Energy Statistics Handbook. Suruhanjaya Tenaga Malaysia .
    44. Sulaiman, N., Saidah, M. S. & Mahmud, M. (2013). Chemical composition of the haze in Malaysia 2005. Atmospheric Environment 77: 1005-1010.
    45. Wahid, N. B. A., Latif, M. T. & Suratman, S. (2013). Composition and source apportionment of surfactants in atmospheric aerosols of urban and semi-urban areas in Malaysia. Chemosphere 91 (11): 1508–1516 .
    46. WHO. (2016). World Health Statistics 2016: Monitoring health for the SDGs. https://www.who.int/gho/publications/world_health_statistics/2016/Annex_B/en/. Geneva: World Health Organization .
    47. Yahya, N., Ghazali, N. & Ishak, F. (2013). A review of carbon dioxide in Malaysia: Current status and Challenges. United Nation Escap: Economic and Social Communication for Asia and the Pacific .