Pengetahuan Dan Amalan Pendekatan Tematik Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Di SJKT Di Daerah Seremban
List of Authors
  • Saranya Rajan, Zamri Mahamod

Keyword
  • Pendekatan Tematik, Guru, Pengajaran, Pembelajaran, Kefahaman Guru, Kurikulum

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan pendekatan tematik dalam kalangan guru bahasa melayu di SJKT di Daerah Seremban. Seramai 100 orang responden daripada 12 buah sekolah SJKT di Daerah Seremban dipilih untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 72% responden mempunyai tahap pengetahuan yang baik tentang pendekatan tematik. Mereka memahami konsep pendekatan tematik dan ia disokong oleh dapatan untuk objektif kedua yang menekankan amalan pendekatan tematik dalam pdpc. Sebanyak 74% responden yang menjawab soal selidik menyatakan bahawa mereka sering mengamalkan pendekatan tematik dalam pdpc. Seterusnya, sebanyak 87% responden memberi maklum balas bahawa mereka menghadapi cabaran dalam melaksanakan pendekatan tematik dalam pdpc. Namun begitu, hubungan negatif yang kuat dan signifikan antara tahap pengetahuan guru dan amalan pendekatan tematik menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor lain yang menjadi halangan untuk amalan pendekatan tematik dalam pdpc oleh guru Bahasa Melayu di SJKT. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, pengkaji telah memberikan cadangan untuk kajian masa depan berdasarkan batasan yang timbul daripada kajian ini seperti memperluaskan saiz sampel, mengambil kira faktor lain yang boleh mempengaruhi amalan pendekatan tematik.

Reference
  • No Data Recorded