Kesan Penggunaan Video Animasi Dalam Kursus Pengaturcaraan Java Bagi Pelajar IPTA
List of Authors
  • Nur Asilah Anuar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Video animasi boleh digunakan sebagai kandungan kursus pembelajaran untuk memberi gambaran visual tentang kandungan pembelajaran kepada pelajar. Pembelajaran menggunakan video animasi dapat memudahkan pelajar untuk memahami konsep kursus serta menjadikan proses pembelajaran dalam talian lebih menarik. Pelbagai kursus sesuai menggunakan video animasi sebagai kandungan kursus dalam talian. Namun, bagi kursus seperti kursus pengaturcaraan Java secara dalam talian, kesesuaian menggunakan video animasi sebagai bentuk kandungan pembelajaran bagi pelajar di IPTA kurang diketengahkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan yang diperolehi dan masalah yang pelajar hadapi semasa belajar pengaturcaraan Java menggunakan video animasi. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 87 orang pelajar ijazah jurusan sains komputer dari IPTA di Selangor yang pernah belajar pengaturcaraan Java menggunakan video animasi terlibat di dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Dapatan kajian kemudian dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan video animasi untuk mempelajari pengaturcaraan memberikan kesan yang positif iaitu meningkatkan kemahiran, pemahaman serta minat pelajar. Masalah utama yang pelajar hadapi semasa menggunakan video animasi untuk belajar kursus pengaturcaraan adalah masalah teknikal berkaitan kandungan video yang pernah mereka tonton. Kesan daripada kajian ini menunjukkan bahawa video animasi juga boleh digunakan sebagai kandungan kursus bagi mempelajari kursus pengaturcaraan Java. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menambah bilangan responden untuk mendapatkan dapatan yang lebih memberansangkan. Kesimpulannya, diharapkan kajian ini dapat membantu dalam menambahbaik kandungan kursus serta kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kursus pengaturcaraan Java di IPTA.


Reference
  • No Data Recorded