Burhanudin Mohamed, Md Baharuddin Abdul Rahman, Nik Abdullah Nik Hassan
Keyword
Pendiri Enjin, Stabil, Inovasi, Kos, Keselamatan
Abstract
Kajian ini mengfokuskan kepada Pendiri Enjin Inovatif iaitu alat yang digunakan untuk menyokong dan mengekalkan enjin dalam kedudukan yang stabil serta selamat semasa pemasangan, penyelenggaraan atau penyimpanan. Alat ini direka bentuk dengan ciri inovatif untuk membolehkan penggunanya dapat mengakses dengan mudah ke semua sisi enjin melalui pergerakan naik turun enjin secara menegak, pemegang enjin boleh putar sehingga 360 darjah dan lain-lain. Matlamat pembuatannya adalah untuk menghasilkan alat Pendiri Enjin yang inovatif dan praktikal. Antara proses perlaksanaan projek yang digunakan adalah seperti tinjauan industri, analisis perbandingan produk, temu bual dengan pengguna mahir dan lain-lain. Alat Pendiri Enjin ini dapat meningkatkan kecekapan dan keselamatan pengguna seperti yang telah ditunjukkan dalam satu kaji selidik terhadap projek ini secara atas talian. Hasil keputusan kaji selidik itu dengan ketaranya menunjukkan bahawa penggunaan alat ini adalah sangat praktikal dengan kos yang berpatutan dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi bagi kegunaan di bengkel-bengkel automotif, institusi pendidikan, industri mekanikal dan sebagainya. Kesemua penemuan yang telah diperolehi sepanjang proses penghasilan alat ini adalah sangat berguna untuk pembangun produk samada pengamal industri atau pun di institusi pendidikan dalam memahami dan menambahbaik faedah-faedah Pendiri Enjin serta menggalakkan penghasilan inovasi yang selanjutnya dalam teknologi ini.