Lumba haram dan budaya pertaruhan di Bagan Ajam, Pulau Pinang
List of Authors
  • Nur Hafizah Yusoff

Keyword
  • Remaja, pertaruhan, lumba haram, sosialisasi, sosiologi

Abstract
  • Lumba haram bukanlah isu yang baru pada masa kini. Walaupun, telah banyak penguatkuasaan dilakukan namun ianya masih belum mampu menghentikan aktiviti tidak bermoral ini. Antara salah satu sebab mengapa lumba haram tetap menjadi kegilaan kepada remaja adalah adanya elemen pertaruhan yang diamalkan di dalam sesuatu perlumbaan. Justeru itu, artikel ini membincangkan mengenai pertaruhan yang terdapat di dalam lumba haram tersebut. Selain itu, bagi memahami mengenai lumba haram itu sendiri, artikel ini juga membincangkan mengenai faktor penglibatan remaja terlebih dahulu. Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temubual mendalam terhadap tujuh orang informan telah dijalankan bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Hasl kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, kesibukan ibu bapa dan minat. Manakala, bagi jenis pertaruhan pula, ialah melibatkan wang, motosikal dan pengiktirafan dalam kalangan mereka. Kesimpulannya, penguatkuasaan sedia ada dilihat tidak berjaya untuk mengekang masalah lumba haram di negara ini. Hal ini kerana, para remaja memiliki semangat dan kesungguhan dalam lumba haram sehinggakan mereka tidak serik walau acapkali ditangkap dan dihukum oleh pihak berkuasa.

Reference
  • 1. Anon. (2015). Lumba haram:16662 saman dikeluarkan di Pahang. (atas talian) https://www.karangkraf.com/berita/lumba-haram-16-662-saman-dikeluarkan-di- pahang-1.452333. [17 Januari 2019].
    2. Anon. (2018). Empat mat rempit dicekup ketika berlumba. (atas talian) https://www.sinarharian.com.my/article/4561/EDISI/Utara/Empat-mat-rempit- dicekup-ketika-lumba-haram. [23 Mei 2018].
    3. Azali Ali. (2018). Kemenangan dalam perlumbaan jadi kepuasan. (atas talian). http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kemenangan-dalam-8216-perlumbaan- 8217-jadi-kepuasan-1.717698. [29 Mac 2019]
    4. Jabatan Keselamatan Jalan Raya. (2017). Statistik Keselamatan Jalan Raya. Kuala Lumpur: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia.
    5. Daniel Sed. (2011). Definisi Judi. Scribd.com. (atas talian). https://www.scribd.com/doc/68482242/definisi-judi. [12 Disember 2019]
    6. Emilda Mohd Hamid. (2014). Remaja dan budaya lumba haram di Lembah Klang. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
    7. R.Ramli. (2011). Metodologi Kajian. Um Student Repostory. Thesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaya. ( Tidak diterbitkan)
    8. Rashidah Awang. (2015). Apa itu Kaedah Kualitatif. Slaid. Slideshared.net. (atas talian). https://www.slideshare.net/rashidahawang3/apa-itu-kajian-kualitatif. [18 November 2019].
    9. Rozmi Ismail. (2008). Mat Rempit dan Gejala Perlumbaan Haram di Malaysia. Journal Psikologi Malaysia, 22, 17-28.
    10. Syahremie Teja. (2016). Kaedah Penyelidikan (Persempelan). (atas talian). https://www.slideshare.net/tejasyahremie/kaedah-penyelidikan-persampelan. [18 November 2019].
    11. Mohd Mursyid Arshad, Ismi Arif Ismail & Turiman Suandi. (2013). Penglibatan Belia dalam Fenomena Mat Rempit. Malaysian Journal of Youth Studies,3, 193-212 .
    12. Mohd Afif Bin Yahya. (2011). Keterlibatan Remaja Dalam Lumba Haram di Daerah Larut dan Matang, Perak. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    13. Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail & Mohamad Fauzi Sukimi. (2009). Sub-budaya Mat Rempit dan Perubahan Sosiobudaya. Malaysian Journal of Society and space, 5(3), 26-41.
    14. Mohd Roslan Mohd Tahir, Hziah Sha’ari & Rusnah Jahore. (2017). Studies pertaining to Illegal Street Racers’ Behaviour: Literature Review. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(6), 315-325.
    15. Tranter, J., & Warn. P. (2008). Relationships between interest in motor racing and driver attitudes and behavior amongst mature drivers: An Australian case study. Accident Analysis and Prevention, 40, 1683-1689.
    16. Yohan Kurniawan & Nur Azuki Yusuff. (2014). Analisis personality Mat Rempit berdasarkan unjuran ujian personality. International Conference on Human Sustainability, 9-10 April 2014, UTHM Johor.
    17. Zalmizy Hussin. (2013). Faktor-faktor yang mempengaruhi ‘mat rempit’ terlibat dalam tingkah laku agresif di Pulau Pinang. Conference, Global Conference on Economics and Social Science Research, Kuala Lumpur.